Menteri Indonesia Mohon Maaf Kepada Keluarga Mangsa Kemalangan Maut

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Menteri Penyelaras Bidang Ekonomi Indonesia Hatta Rajasa memohon maaf kepada keluarga mangsa kemalangan maut yang membabitkan kenderaan dipandu anak lelakinya dalam kejadian awal pagi Selasa.

Hatta yang juga besan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, membuat permohonan maaf itu pada sidang akhbar di kediamannya pada Selasa malam, selain memohon maaf secara terus kepada keluarga mangsa.

Katanya beliau dan keluarga berasa kesal serta sedih dengan kejadian tersebut. "Kami sekeluarga meminta maaf atas kejadian tersebut, dan kami akan memberikan perhatian yang tinggi kepada keluarga mangsa," kata Hatta.

Dalam kemalangan itu, kereta yang dipandu anak bongsu Hatta, Muhammad Rasyid Amirullah Rajasa bertembung dengan sebuah van di Jalan Tol Jagorawi, mengakibatkan dua yang menaiki van itu meninggal dunia dan tiga lagi cedera ringan.

Mereka yang maut ialah seorang lelaki berusia 57 tahun dan seorang bayi lelaki berusia 14 bulan.

Menteri itu juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut termasuk tindakan undang-undang terhadap anaknya dan berjanji memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa dan keluarga mereka.

Jurucakap polis pada Rabu berkata Muhammad Rasyid adalah suspek dalam siasatan kes kemalangan itu.

Hatta yang juga Ketua Umum Parti Amanat Nasional (PAN), sebelum ini diputuskan parti itu sebagai calonnya untuk bertanding jawatan Presiden Indonesia pada Pilihan raya Umum Presiden 2014. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan