Gempa Bumi Magnitud 5.2 Di Peru

Diterbitkan: Selasa, 1 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LIMA: Gempa bumi dengan ukuran 5.2 magnitud menggegarkan kawasan pelancongan di Cusco, sebuah tapak kota peninggalan tamadun Inca, awal pagi Isnin.

Bagaimanapun tiada laporan kerosakan, kata pakar seismologi.

Gempa bumi berlaku pada kedudukan 129 kilometer timur laut bandar Cusco pada pukul 3.49 petang waktu tempatan dan kedalaman yang dicatatkan ialah 41.5 kilometer.

Institut Geofizik Peru berkata, kejadian itu adalah kali keempat dan paling kuat dirasai di seluruh negara berkenaan. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan