Jerebu: 24 Kawasan Bacaan IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 8:32 AM

Keadaan bandaraya Kuala Lumpur yang berjerebu berhampiran Plaza Tol Jalan Duta ketika tinjauan fotoBERNAMA pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak 24 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 6 pagi Isnin.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, lokasi yang terjejas di Semenanjung ialah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Banting di Selangor mencatatkan bacaan IPU paling tinggi iaitu 175, diikuti Nilai (170), Putrajaya dan Seremban (masing-masing 162) dan Pelabuhan Klang (161).

Kawasan lain di Semenanjung yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Batu Muda di Kuala Lumpur (154), Port Dickson (152), Cheras (148), Shah Alam (143) dan Petaling Jaya (139).

Di Sarawak, kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Sri Aman (128), Samarahan (121), Sarikei (112) dan Kuching (111).

Sementara itu, kawasan di Sabah mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Kualiti udara dengan bacaan IPU bagi 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat dan 301 ke atas (bahaya).

Tags / Kata Kunci: IPU , jerebu

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan