Kajian Model Baharu PLKN Akan Dijalankan - Khairy - Berita Semasa | mStar

Kajian Model Baharu PLKN Akan Dijalankan - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 11:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menjalankan makmal ujian dalam masa terdekat bagi mengkaji dan seterusnya mengenal pasti model baharu yang terbaik bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebelum memperkenalkannya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata makmal itu akan diselia Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dan disertai bekas pelatih PLKN, wakil Kementerian Pertahanan, operator serta jurulatih Kem PLKN.

"Makmal ini akan memberi cadangan tentang PLKN selepas transformasi. Jadi  masih terlalu awal lagi untuk kita buat sebarang penemuan berkenaan apakah bentuk PLKN baharu," katanya kepada pemberita selepas menutup simposium aspirasi dan kempimpinan kebangsaan ke-3 di sini, Sabtu.

Beliau berkata selepas makmal tersebut diadakan, barulah pihaknya akan membuat syor kepada perdana menteri sebelum keputusan berkenaan model baharu PLKN dibuat.

Terdahulu ketika berucap di hadapan lebih 1,200 pemimpin pelajar dari seluruh negara, beliau berkata peranan pemimpin muda kini adalah lebih kepada mengangkat Malaysia menjadi negara yang lebih gemilang.

"Ini apa yang perlu kita lakukan, memperjuang persaingan, bakat, menentang ekstremisme dan perkauman. Itu perjuangan kita (pemimpin muda) hari ini," kata Khairy.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih komited membawa transformasi kepada semua rakyat Malaysia dan memerlukan sokongan semua lapisan masyarakat.

"Kita berharap untuk menjadi parti yang mewakili semua komuniti, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Jadi tidak timbul isu kita tak perlukan sokongan dari mana-mana kaum sebab kita perlukan sokongan mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: model baharu PLKN , Khairy
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan