X Close

Pemenang Anugerah Meletop Era Dapat RM5,000

Diterbitkan: Jumaat 17 Jan, 2014

Khairul Anuar (tengah) bersama sebahagian daripada peserta Top 5, Anugerah Meletop Era.

KUALA LUMPUR: Astro berharap tiada pihak yang akan mempertikaikan pemberian hadiah wang tunai RM5,000 kepada bakal pemenang setiap kategori Anugerah Meletop Era (AME) yang dikatakan terlalu sedikit.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pemberian wang tunai tersebut diberi sebagai cenderahati termasuk trofi dan dilihat tidak menjatuhkan maruah mereka.

"Memang nilai RM 5,000 tidaklah sebanyak mana tetapi ia sekadar pemberian cenderahati kepada artis itu selain mereka juga menerima trofi.

"Ia juga langsung tidak menjejaskan martabat artis yang menang itu kerana jika kita perhatikan, kemenangan seseorang dalam sesebuah anugerah akan memanjangkan lagi usia mereka di mana mereka akan mendapat pelbagai tawaran kerja seni selepas itu. Jadi saya harap, tiada orang yang akan mempertikaikan nilai hadiah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman ‘Top 5’ acara berkenaan di Zouk, di sini pada Khamis.

Hadir sama pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.

Dari kiri; Nabil, Neelofa dan Datuk A.C Mizal yang merupakan pengacara Anugerah Meletop Era pada 8 Februari depan.

AME bakal berlangsung pada 8 Februari depan yang menampilkan 70 pencalonan daripada 17 kategori di mana setiap pemenang akan menerima hadiah trofi berserta wang tunai sebanyak RM5,000.

Ia akan disiarkan menerusi Astro Ria, Maya HD dan Astro Hitz. Setakat ini pihak Astro belum memutuskan lokasi penganjuran anugerah itu.

Dalam pada itu pelakon Zizan Razak mendapat pencalonan tertinggi iaitu sebanyak enam kategori melalui Grup Duo Meletop, Bintang filem Meletop, Bintang TV Meletop, Bintang Siber Meletop, Fesyen Meletop dan Lagu Meletop.

Penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza menerima empat pencalonan iaitu Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Grup Duo Meletop dan Bintang Siber Meletop.

Zizan Razak mendapat undian tertinggi dalam Anugerah Meletop Era.

Antara artis yang turut calon ialah Shila Amzah, Nur Fazura, Nora Danish, Najwa Latif, Elfira Loy, Emma Maembong, Aaron Aziz dan Jepp (Sepahtu).

Pemilihan pemenang dilakukan menerusi undian di khidmat pesanan ringkas (SMS), aplikasi WeChat, Facebook dan juga laman web yang dikendalikan oleh pihak Astro.

Bagi pengundian untuk ‘Top 5’, undian telah dibuka bermula Khamis bagi memudahkan orang ramai memilih artis pilihan masing-masing.

Berikut ini senarai ‘Top 5’ daripada 17 kategori yang dipertandingkan.

Penyanyi Meletop

1. Akim

2. Datuk Siti Nurhaliza

3. Hafiz

4. Najwa Latif

5. Stacy

Lagu Meletop

1. Bahagiamu Deritaku - Hafiz

2. Galau - Datuk Siti Nurhaliza

3. Infiniti Cinta - Zizan Razak dan Kaka

4. Kita - Forteen

5. Muara Hati - Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza

Filem Meletop

1. Highland Tower

2. KL Gangster 2

3. KL Zombie

4. Lawak Ke Der

5. Sepah The Movie

Bintang Filem Meletop

1. Aaron Aziz - KL Gangster 2

2. Jepp Sepahtu - Sepah The Movie

3. Siti Saleha - KL Zombie

4. Yana Samsudin - Minyak Dagu 5. Zizan Razak - KL Zombie

Artis Baru Meletop

1. Azhael AF 2013

2. Faizul AF 2013

3. Risteena

4. Syafiq Kyle

5. Zara Zya

Grup/Duo Meletop

1.Datuk AC Mizal & Mawi

2.Forteen

3.Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza

4.Najwa Latif feat Sleeq & Sham Kamarul

5.Zizan feat Kaka

Program Radio Meletop

1.Carta ERA 40

2.Carta Fulamak SINAR

3.Carta Meletop 40 ERA

4.SINAR Pagi

Penyampai Baru Radio Meletop

1. Aril - ERA fm

2. Feeya Iskandar -SINAR fm

3. Nabil ERA fm

4. Shasha Al Khred -ERA fm

5. Zahid -ERA fm

Program TV Meletop

1. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

2. Love You Mr Arrogant

3. Maharaja Lawak Mega 2012

4. MasterChef Selebriti Malaysia 2013

5. Super Spongan 2013

Bintang TV Meletop

1.Azlee Khairi -Love You Mr Arrogant

2. Jepp Sepahtu- Super Spontan 2013

3. Johan - Maharaja Lawak Mega 2012

4. Zara Zya- Love You Mr Arrogant

5. Zizan Razak -ABPBH 2012

Bintang Siber Meletop

1. Aaron Aziz

2. Datuk Siti Nurhaliza

3. Emma Maembong

4. Najwa Latif

5. Zizan Razak

Couple Meletop

1. -Aeril Zafrel & Wawa Zainal

2. Diana Amir & Habib

3. Fizo Omar & Mawar

4. Izzue Islam & Awin Nurin

5. Nabil Ahmad & Nazirah

Fesyen Meletop

1. Elfira Loy

2. Nora Danish

3. Nur Fazura

4. Shila Amzah

5. Zizan Razak

Artis Serantau Meletop

1. Afgan

2. Randy Pangalila

3. Sleeq

4. SM*SH

5. Tegar

iklan

iklan

Iklan