X Close

Nur Fathia Wanita Pertama Jumpa Keluarga Saya – Aiman Hakim

Diterbitkan: Sabtu 21 Dis, 2013

Aiman Hakim

PETALING JAYA: Biarpun enggan menggunakan istilah kekasih ataupun pasangan bercinta, pelakon Aiman Hakim Ridza mengakui telah memperkenalkan Nur Fathia Abdul Latiff menemui keluarganya.

Aiman, 24, berkata, pelakon itu merupakan wanita pertama yang diperkenalkan kepada keluarganya.

"Ya, kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya.

"Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya," katanya kepada mStar Online.

Fathia Latiff

Aiman enggan bercerita mengenai status perhubungan mereka bagi menjaga hati banyak pihak terutamanya keluarga.

Tambahnya, pengalaman sebelum ini turut memberi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati dalam menjaga sesebuah hubungan.

Sementara itu, ketika ditanya apabila wanita tersebut dikaitkan dengan lelaki lain, Aiman berkata dia tidak berhak untuk menghalang perkara itu.

"Nur Fathia lebih tahu tentang apa yang dia lakukan dan saya tiada hak untuk menghalangnya kerana saya bukan suami dia," katanya.

iklan

iklan

Iklan