X Close

Jolie Lawat Mangsa Pelarian Syria di Turki

Diterbitkan: Jumaat 14 Sept, 2012

ISTANBUL: Bintang Hollywood Angelina Jolie tiba di Turki untuk melawat pelarian Syria seiring dengan peranannya sebagai duta khas agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Agensi berita Turki, Anadolu melaporkan Jolie dan Ketua Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Antonio Gutteres dijangka melawat kem pelarian di sempadan Turki dan Syria pada Khamis.

Selepas itu, Jolie akan berlepas ke Angkara untuk berbincang dengan beberapa pegawai yang mengendalikan krisis kemanusiaan.

Turki menampung kira-kira 80,000 rakyat Syria yang melarikan diri ekoran konflik selama 18 bulan di negara itu.

Awal minggu ini, Jolie dan Gutterres melawat pelarian Syria di Jordan.

iklan

iklan

Iklan