X Close

Flat Pekeliling: Terbiar Dan Berbahaya

Diterbitkan: Isnin 13 Ogos, 2012

BIMBANG tentang keselamatan mereka, orang ramai meminta supaya baki sembilan blok flat Pekeliling di Jalan Tun Razak diruntuhkan dengan segera.

Bangunan yang ditinggalkan itu dikatakan menjadi sarang penagih dadah dan tempat bersembunyi bagi pengemis.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah pun melaksanakan pemeriksaan ketat di Flat Tunku Abdul Rahman (Flat Pekeliling) di Jalan Tun Razak, di mana menjadi tarikan untuk aktiviti jenayah dan salah laku di bandar.

Flat Pekeliling berusia 45 tahun ini kini menjadi bangunan terbiar. Foto THE STAR / P. NATHAN

Bangunan yang berusia 45 tahun itu yang sepatutnya diruntuhkan pada awal tahun 2010 kini berada dalam keadaan terbiar berikutan isu perundangan yang berlaku.

Ia mencemarkan nama DBKL dan pihak berkuasa tempatan itu kini diberikan tekanan kerana dikatakan tidak berbuat apa-apa terhadap beberapa aduan yang dikemukakan oleh orang awam berkaitan dengan isu keselamatan dan keselamatan.

Flat berkenaan yang sudah pun dikosongkan sejak lewat 2008 dibiarkan usang.

Sejak itu, orang gelandangan, penagih dadah dan kutu rayau menjadikan flat 17 tingkat itu sebagai ‘kediaman’ mereka.

Pakar dan aktivis keselamatan, Kapten K. Bala berkata, flat yang ditinggalkan itu dilihat sebagai tempat yang sesuai untuk jenayah dan sarang kepada aktiviti-aktiviti haram.

“Flat-flat ini terletak di kawasan utama berhampiran dengan terminal bas dan stesen monorel, menjadi ia sebagai kawasan sesak dengan orang ramai. Ini menjadikan orang awam boleh menjadi mangsa jenayah,” kata beliau.

Menurut Bala, bangunan usang itu dikatakan menjadi peluang kepada aktiviti jenayah dan berkaitan dengan pembunuhan Ang May Hong yang berusia 10 tahun pada 1987, di mana kesnya masih belum selesai.

Salah satu unit rumah yang kosong dikatakan menjadi 'sarang berparti' dengan botol-botol minuman keras disusun di atas rak.

“Mayat kanak-kanak perempuan itu dijumpai beberapa jam kemudian di sebuah rumah usang kira-kira 200 meter dari rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Pembunuh itu, disyaki merupakan penagih dadah tidak ditangkap. Sejak itu, apabila saya melalui bangunan atau rumah kosong, ia mengingatkan saya bahawa jenayah seperti itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” kata Bala.

Beliau menambah, sebagai mengurangkan jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), isu-isu yang membimbangkan orang awam seharusnya diberikan perhatian sewajarnya.

“Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Pencegahan adalah perlu dan kita mesti membasmi lokasi panas jenayah bagi menjadikan bandar lebih selamat,” kata Bala.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau bersetuju dengan Bala mengenai Flat Pekeliling menjadi tarikan kepada aktiviti jenayah dan menggesa Kerajaan supaya membersihkan kawasan itu.

“Ia merupakan masalah lama dan terdapat banyak bangunan yang ditinggalkan di bandar ini yang menjadi lokasi persembunyian oleh pihak-pihak yang berkelakuan tidak baik. Kerajaan seharusnya mempercepatkan pembangunan atau sekurang-kurangnya meruntuhkan bangunan itu,” kata Lee.

Vandalisme: Lukisan grafiti di satu kawasan di salah satu aras.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi Malaysians Against Rape, Assault and Snatch (Marah) turut menerima aduan daripada ahlinya juga orang awam mengenai aktiviti berkaitan dengan jenayah di flat Pekeliling.

“Mereka bimbang tentang keselamatan mereka kerana terdapat banyak unsur yang tidak diingini dan aktiviti menyalahi undang-undang melibatkan mereka yang disyaki mengedar dadah dan penagih dadah.

“Beberapa kumpulan turut terlibat dalam aktiviti jenayah juga disyaki menggunakan bangunan berkenaan sebagai tempat pertemuan mereka dan untuk menyembunyikan barangan yang dicuri atau dadah. Sementara itu, kutu rayau pula menjadikan flat terbengkalai ini sebagai tempat perlindungan,” kata Pengasas Marah, Dave Avran.

“Flat tersebut tidak berpenghuni sejak 31 Disember 2008. Disebabkan lokasinya terletak di kawasan utama, kami menggesa supaya pemaju memulakan kerja mereka secepat mungkin kerana bangunan tinggal ini mendedahkan bahaya kepada ramai orang,” kata Dave.

Mereka juga bimbang struktur bangunan yang dibiarkan terlalu lama itu akan menyembahkan ia retak.

“Bumbung, pintu, tingkap dan paip begitu mudah runtuh sekiranya terdapat tekana berlaku, dan ini akan menjadi ancaman kepada mereka yang berada berdekatan,” kata beliau.

Penswastaan dan pembangunan semula bagi flat berkenaan diumumkan pada awal 1995 dan menjangkakan antara 8,000 sehingga 12,000 penduduk akan dipindahkan dalam dua fasa.

"Bangunan yang dibiarkan usang seperti flat Pekeliling menjadi lokasi sesuai sebagai peluang kepada aktiviti jenayah," kata Bala.

Pemaju yang dilantik oleh Kerajaan iaitu Asie Sdn Bhd mula meruntuhkan Blok A dan B pada akhir 2005 selepas kebanyakan penduduk dari 11 blok berpindah keluar, sebahagian besar mereka berpindah ke flat Taman Sri Rampai di Setapak.

StarMetro pada Januari 2010 melaporkan bahawa kerja-kerja merobohkan flat Pekeliling akan dilakukan dalam dua bulan dan flat Sri Terengganu yang berhampiran dijadualkan untuk diruntuhkan pada tahun yang sama.

Menurut laporan itu, semua blok di kedua-dua kawasan dijangka akan dirobohkan dalam tempoh satu setengah tahun.

Bagaimanapun, ia tidak dilakukan seperti dirancang. Menurut beberapa laporan sebelum ini, kawasan itu akan dilihat sebagai projek pembangunan semula yang diberi nama Taman Sari.

Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperbaharui kawasan perumahan dan persekitaran lebih baik.

Flat Pekeliling merupakan antara projek perumahan terawal di Kuala Lumpur.

Sebanyak 11 blok flat berkenaan dibina antara 1964 dan 1967.

iklan

iklan

Iklan