X Close

Wanita Nigeria Telan 28 Kapsul Syabu Ditahan

Diterbitkan: Isnin 2 Jul, 2012 MYT 2:16:00 PM

SEPANG: Seorang keldai dadah warga Nigeria ditahan bersama dengan syabu seberat 400 gram dalam bentuk kapsul yang ditelannya.

Wanita yang berusia 32 tahun itu, tiba dari Doha, telah ditahan kira-kira pukul 7.30 petang di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) pada 16 Jun.

“Suspek telah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan sinar-X dan mengesan dia mempunyai 28 kapsul,” kata Ketua Pengarah Kastam KLIA, Badaruddin Mohamed Rafik pada sidang media.

Siasatan awal menunjukkan kapsul itu mengandungi 394.43 syabu bernilai kira-kira RM98,607.50.

Pegawai kastam juga menggagalkan dua lagi cubaan untuk mengimport syabu dan ketamine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan LCCT.

Lelaki warga Romania berusia 20 tahun, yang tiba dari Manila, telah ditahan pada 26 Jun selepas pegawai mendapati terdapat bungkusan yang mencurigakan dalam bagasinya sewaktu melalui pengimbas.

“Beg tersebut apabila dibuka mempunyai ruang yang memuatkan syabu 3.2 kilogram (kg), bernilai sekurang-kurangnya RM824,000,” kata Badaruddin.

Pada 27 Jun lalu, seorang lelaki India berusia 42 tahun yang tiba dari Calcuta telah ditahan selepas pegawai kastam mendapati terdapat sesuatu yang mencurigakan dalam bagasinya di LCCT.

Kira-kira 2.86kg ketamine bernilai RM114,400 disembunyikan di dalam beg tersebut.

Badaruddin berkata, seramai 35 orang telah ditahan dengan rampasan kira-kira 138.98kg dadah dan 897 pil bernilai RM22.73 juta.

iklan

iklan

Iklan