X Close

Berbelanja Cara Mudah Melalui ZALORA Malaysia

Diterbitkan: Khamis 28 Jun, 2012 MYT 4:51:00 PM
Dikemaskinikan: Jumaat 29 Jun, 2012 MYT 3:05:58 PM

KUALA LUMPUR: Segala-galanya amat mudah dengan pembelian dalam talian. Tidak perlu berbaris panjang, penat menunggu teksi ataupun berasa bingit dengan hingar bingar pusat beli-belah.

Dengan adanya laman fesyen dalam talian terunggul di negara ini, faktor kepayahan untuk memilih fesyen keperluan tidak akan timbul lagi.

ZALORA Malaysia membuktikan Laman fesyen ini semakin mendapat tempat selain menjadi destinasi dalam talian terhangat di Malaysia.

Asal dengan hanya tiga kakitangan sahaja, ZALORA Malaysia kini mempunyai lebih daripada 300 kakitangan yang akan membantu untuk mengubah cara rakyat Malaysia membeli belah.

Dilancarkan secara rasmi pada 5 April lalu, dalam masa dua bulan, ZALORA Malaysia mampu mempamerkan lebih dari 500 jenama tempatan dan antarabangsa dengan lebih daripada 20,000 produk telah diperkenalkan.

Kejayaan positif model perniagaan e-dagang di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah membuatkan industri ini sedang bersiap sedia untuk kehadiran laman fesyen dalam talian terkini bagi memenuhi keperluan rakyat seluruh negara.

ZALORA Malaysia mempunyai pelbagai kategori pilihan pembelian seperti pakaian dan aksesori wanita, lelaki, kanak-kanak, sukan, tradisional, produk kosmetik dan barangan penghiasan rumah.

Katalog di laman web ZALORA Malaysia terdiri dari jenama popular antarabangsa seperti Nine West, Steve Madden, Converse, Nike serta jenama popular dari Australia iaitu RMK, Ladakh, Bluejuice dan Woodford & Co.

Tidak ketinggalan jenama tempatan tidak diketepikan seperti Nose, Larrie, Tom Abang Saufi, Chic Yamada dan Christy Ng yang mampu memenuhi kehendak semua.

Penghantaran

Bagi memudahkan usaha dan pembelian melalui butik fesyen ini, ZALORA Malaysia berusaha untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang luar biasa dan tiada tandingan dengan menawarkan perkhidmatan tambah nilai dan servis yang unik dan berkualiti.

Ia meliputi seperti penghantaran percuma di seluruh negara, polisi pulangan 30 hari dan pesanan melalui telefon.

Bagi pelanggan di Lembah Klang, laman fesyen ini juga menawarkan pilihan untuk pembayaran tunai semasa penghantaran dan ia ditawarkan di bandar-bandar utama seluruh negara.

ZALORA Malaysia mempunyai pelanggan dari seluruh pelosok Malaysia terutamanya di Lembah Klang dan juga bandar-bandar utama yang lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuk kampus-kampus kolej dan kawasan luar bandar yang lain.

Pengarah Urusan dan pengasas ZALORA Malaysia, Leow Wee Jonn, berkata, pengenalan kaedah membeli belah ini mampu mengubah cara hidup masyarakat agar dapat berbelanja dalam keadaan yang lebih selesa dengan penghantaran barangan boleh dibuat terus ke rumah.

Keunikan ZALORA Malaysia

• Lebih dari 500 jenama tempatan dan antarabangsa, dengan lebih dari 20,000 produk dari katalog yang luas yang terdiri dari pakaian dan aksesori wanita, lelaki, sukan, kanak-kanak, tradisional, produk kecantikan dan barangan penghiasan rumah untuk memenuhi kehendak semua harga mata.

• Penghantaran percuma seluruh negara

• Polisi Pulangan percuma dalam masa 30 hari

• Di Lembah Klang, ZALORA Malaysia menawarkan pilihan pembayaran tunai semasa penghantaran untuk jenama terpilih.

• Kaedah pembayaran yang selamat seperti melalui kad kredit, “paypal”, perbankan Internet, deposit tunai dan banyak lagi.

Cara pembelian

Klik kepada laman web www.zalora.com.my untuk melihat sendiri barang-barang keperluan membeli belah anda atau hubungi 03-2382-2208.

iklan

iklan

Iklan