X Close

Nicole Kidman Sambut Hari Lahir Pada Konsert Lady Gaga

Diterbitkan: Jumaat 22 Jun, 2012

Nicole dan suaminya, penyanyi Keith Urban.

TARIKH 20 Jun lepas, aktres kelahiran Australia iaitu Nicole Kidman telah menyambut hari lahirnya yang ke 45 tahun dengan menonton konsert penyanyi Lady Gaga.

Kidman turut mengajak suaminya iaitu Keith Urban untuk menonton konsert berkenaan bersama-samanya yang berlangsung di Sydney, Australia.

Sebelum menonton konsert itu, Kidman turut membawa kedua ibu bapanya iaitu Dr Anthony dan Janelle Kidman untuk makan malam.

Pelakon filem “The Hours” ini mengakui sangat bersemangat untuk menonton persembahan kontroversi penyanyi berusia 25 tahun itu secara langsung.

Saat ini, kedua-dua pasangan itu sedang menetap di Australia dan telah membeli sebuah rumah di Point Milsons di pinggir bandar Sydney.

Perpindahan itu di buat selepas Urban dipaksa oleh isterinya untuk menjadi juri program “The Voice Australia”.

Kidman adalah peminat besar program tersebut versi Amerika.

iklan

iklan

Iklan