X Close

Thailand Kekal Pengeksport Beras Nombor Satu Dunia

Diterbitkan: Rabu 23 Mei, 2012

BANGKOK: Thailand mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport beras nombor satu dunia setakat Mei tahun ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Yanyong Puangraj pada Selasa berkata, dari 1 Jan hingga 17 Mei, Thailand mengeksport 2.6 juta tan beras bernilai 53.6 bilion Baht (RM5.36 bilion).

Amerika menduduki tempat kedua dengan jumlah eksport dua juta tan, diikuti Vietnam yang mengeksport 1.6 juta tan bijirin itu dalam tempoh sama, katanya.

Beliau mengunjurkan Thailand mengeksport sekurang-kurangnya sembilan juta tan beras sepanjang tahun ini dan mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport terbesar bahan makanan itu.

Banjir besar tahun lepas, yang menenggelami sepertiga negara ini, termasuk sesetengah kawasan hingga tiga bulan lamanya, tidak banyak menjejaskan pengeluaran padi negara ini.

iklan

iklan

Iklan