X Close

11 Pengaman PBB Cedera Dalam Serangan Di Congo

Diterbitkan: Selasa 15 Mei, 2012 MYT 10:38:00 AM

BUKAVU (Congo): 11 anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Pakistan cedera selepas kem organisasi itu dikepung sekumpulan penduduk kampung yang berang di timur Republik Demokratik Congo, pada Selasa.

Menurut jurucakap rasmi PBB, penduduk kampung marah kerana menyifatkan keselamatan mereka tidak dilindungi daripada serangan pemberontak.

Bagaimanapun, Majlis Keselamatan PBB mengecam sekeras-kerasnya serangan itu, dan turut menyuarakan kebimbangan terhadap aspek keselamatan di wilayah yang terbabit dengan konflik di negara itu. - AFP

iklan

iklan

Iklan