X Close

Liga Juara-Juara: Bayern Singkir Real Untuk Ke Final

Diterbitkan: Khamis 26 Apr, 2012

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo kecewa selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti.

WAKIL dari Jerman, Bayern Munich mengesahkan tiket ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara (CL) selepas menewaskan Real Madrid melalui sepakan penalti, 3-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Santiago Bernabue, awal pagi Khamis.

Pun begitu kejayaan Bayern ke atas Madrid bukanlah mudah selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 3-3 sehingga masa tambahan sekali gus menyaksikan perlawanan terpaksa diheret ke adegan penentuan melalui sepakan penalti.

Bayern berjaya menyempurnakan sepakan penalti dengan keputusan 3-1 selepas bintang utama Real, Cristiano Ronaldo gagal menyempurkan sepakan pertama untuk pasukannya.

Pasukan kendalian Jupp Heynckes ini bakal bertemu Chelsea pada aksi akhir 19 Mei ini.

Senarai pemain:

Real Madrid: Casillas, Ramos, Pepe, Arbeloa, Marcelo, Khedira, Alonso, Ozil, Di Maria, Ronaldo, Benzema; (Pemain simpanan): Adan, Kaka, Granero, Fabio Coentrao, Albiol, Higuain, Callejon

Bayern Munich: Neuer, Lahm, Boateng, Badstuber, Alaba, Schweinsteiger, Gustavo, Ribery, Kroos, Robben, Gomez; (pemain simpanan): Butt, Olic, Rafinha, Pranjic, Muller, Contento, Tymoschuk

iklan

iklan

Iklan