X Close

Oosthuizen Sambung Pusingan Ketiga Dengan Kelebihan Satu Pukulan

Diterbitkan: Ahad 15 Apr, 2012

Oosthuizen kelebihan satu pukulan pada aksi pusingan ketiga.

KUALA LUMPUR: Bintang Afrika Selatan, Louis Oosthuizen mendahului Kejohanan Golf Terbuka Maybank Malaysia 2012 dengan kelebihan satu pukulan selepas separuh daripada pusingan ketiga tertangguh akibat hujan dan petir di sini, Sabtu.

Juara Terbuka Britain 2010 itu, yang kalah kepada Bubba Watson dari Amerika Syarikat pada 'playoff' US Masters minggu lepas, mencatatkan 13 bawah par sehingga 10 lubang pada pusingan ketiga.

Kejohanan bernilai US$2.5 juta (RM7.67 juta) ditangguh pada pukul 5.23 petang kerana hujan dan petir, mengakibatkan 60 pemain terpaksa menyambung semula pusingan ketiga pada pukul 7.45 pagi Ahad.

"Anda tidak tahu keadaan cuaca di sini...jadi saya cuba mendahului pemain lain sekiranya kejohanan ini diputuskan sehingga lubang ke-54 sahaja.

"Saya gembira dengan persembahan dengan melakukan pukulan birdie di lubang kesembilan dan 10 sebelum mengutip birdie pagi esok," katanya yang akan menyudahkan lapan lagi lubang pada pusingan ketiga pagi esok.

Pemain Scotland, Stephen Gallacher juga mempunyai peluang untuk merebut gelaran selepas saingan tanpa bogey.

Saya rasa teruja untuk berada di kelompok utama dan pusingan ketiga tanpa boegy memberi saya keyakinan untuk cuba merangkul kejuaraan," katanya.

Mengekori dua pendahulu tersebut dengan ketinggalan tiga pukulan dan terikat di tangga ketiga ialah Rafael Cabrera-Bello dari Sepanyol, Danny Willett dari England dan pemain Amerika Syarikat, David Lipsky.

Pemain tunggal Malaysia yang melepasi 'cut-off' Shaaban Hussin terikat di tangga ke-61 dengan jumlah catatan satu di atas par 217.- BERNAMA

iklan

iklan

Iklan