X Close

Mulakan Hari Baru Dengan Wangian Z Zegna

Diterbitkan: Isnin 19 Mac, 2012

Haruman Z Zegna.

PERSEKITARAN urban nyata mencabar namun setiap permulaan hari seharusnya mempunyai matlamat dan semangat yang positif dalam merencana kehidupan dan masa depan.

Wangian maskulin pastinya dapat menyerlahkan elemen positif berkenaan bagi mereka yang mahu memulakan hari baru.

Zegna Colonia

Pastinya, wangian dari Z Zegna menjanjikan kepuasan berbeza lagi unik untuk lelaki maskulin bergaya apabila diserlahkan dengan haruman indah di mana antara kombinasinya adalah kayu, air beraroma, buah-buahan casoar dan rosemary.

Pembungkusan harumannya tampak berani pada luaran botol yang menyerlahkan lagi jenama Z Zegna menerusi warna palet yang menangkap mata bagi yang memandang.

Zegna Forte.

Bauannya menggoda dan menawan hati. Mereka yang inginkan kepuasan maksimum bagi memulakan hari baru pastinya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya di kaunter haruman Ermenegildo Zegna seluruh negara bermula pertengahan Mac ini.

Zegna Intenso.

Pilihan yang turut menepati citarasa anda adalah Zegna Intenso, Zegna Forte dan Zegna Colonia.

iklan

iklan

Iklan