X Close

Mont Blanc Tawan Hati Wanita Kontemporari

Diterbitkan: Isnin 19 Mac, 2012

Antara koleksi Mont Blanc untuk wanita kontemporari.

SIAPA yang tidak tertawan apabila barangan kemas menghiasi diri membuatkan insan yang bergelar wanita penuh bermakna.

Bukan calang-calang orang apabila koleksi yang mempunyai ciri keharmonian dengan elemen berbeza ini berjaya menjadikan si pemakai tampak lebih menawan.

Jenama terkemuka Mont Blanc semestinya memahami naluri wanita dengan memperkenalkan koleksi barang kemas dengan tiga tema keharmonian yang berbeza; Romance, Essence dan Caractere.

Menjadikan sumber inspirasi sebagai jiwa seorang wanita kontemporari, ia bersesuaian dengan personaliti menarik, yang juga aktif serta kepelbagaian gaya hidup dan kaya dengan perasaan serta emosi serta ketenangan pada jiwa dan keperibadiannya.

Bertemakan Romance, koleksi barang kemas ini menyerlahkan lagi estetika feminin bagi seorang wanita dengan kombinasi avant-garde dan memperlihatkan sisi romantik yang moden.

Gelang rantai istimewa Mont Blanc.

Gayanya yang mengekalkan ciri feminin itu begitu terperinci sehinga memberi tarikan kepada si pemakai, sekali gus memberi ‘kejutan’ buat mereka yang memandang.

Koleksi Essence pula memfokuskan rekaan berdimensi yang cukup sempurna di mana perhiasan peraknya menghidupkan kemodenan si pemakai.

Selain itu, koleksi Caractere juga tidak kurang hebatnya yang menjanjikan ciri keberanian pada wanita kontemporari.

Cirinya yang mencuri perhatian menerusi rekaan penuh gaya, menimbulkan gaya lebih ‘berkuasa’ kepada mereka secara individu untuk lebih anggun.

Koleksi barang kemas Mont Blanc untuk wanita boleh didapati bermula April ini di butik Mont Blanc seluruh negara.

iklan

iklan

Iklan