X Close

Timor Leste Kekal Sertai Asean

Diterbitkan: Jumaat 7 Dis, 2012

JAKARTA: Timor-Leste komited dengan aspirasi untuk menyertai Asean dan sedang berusaha memenuhi keperluan dan penyertaan dalam Asean pada masa depan.

Mesej itu diperkukuh oleh pemimpin tertinggi dan pegawainya semasa lawatan rasmi Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan ke Timor Leste.

"Saya telah memastikan bahawa dasar untuk menyertai Asean adalah tidak berpihak, dwi-partisan dan mendapat konsensus nasional yang meluas," kata Dr Surin di Dili.

Katanya beliau mendapat jaminan ini di peringkat tertinggi kerajaan dan badan politik umum sepanjang lawatannya.

Dalam satu kenyataan, Sekretariat Asean berkata semasa lawatannya ke Dili dari 4 hingga 6 Dis, setiausaha agung dan delegasinya membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Taur Matan Ruak, Perdana Menteri Xanana Gusmao, dan Menteri Kanan dan Menteri bagi Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Dr Jose Luis Guterres. Timor Leste memohon menyertai Asean pada 2011. Permohonan itu kini dipertimbang oleh Majlis Koordinasi Asean dan Kumpulan kerjanya.

Semua pelapis kepimpinan tertinggi negara itu mengesahkan aspirasi menyertai Asean sebagai platform utama sejak begitu lama.

'Minat kami sebenarnya kembali sehingga ke tahun 1975 dengan penandatanganan perisytiharan kemedekaan," kata Dr Guterres.

Timor-Leste juga sebahagina daripada geografi rantau Asean dan berkongsi warisan kebudayaan yang sama.

Timor Leste telah membuka kedutaan di enam negara anggota Asean dan akan mempunyai kedutaan di kesemua negara anggota menjelang 2017.

Semasa lawatannya, Dr Surin memberi penerangan kepada menteri-menteri Timor-Leste berhubung proses pertimbangan bagi permohonan negara itu menyertai Asean.

Lawatan ini merupakan penglibatan rasmi terakhir Dr Surin sebagai setiausaha agung Asean sebelum menamatkan tempoh lima tahunnya memegang jawatan itu akhir bulan ini. -BERNAMA

iklan

iklan

Iklan