X Close

Dr Rohana Yusof Dilantik Timbalan Naib Canselor UM

Diterbitkan: Sabtu 7 Ogos, 2010

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Prof Dr Rohana Yusof telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaya (UM) yang baru berkuat kuasa Ahad.

UM dalam satu kenyataan di sini berkata pelantikan Dr Rohana adalah bagi tempoh tiga tahun menggantikan Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris yang penggalnya berakhir, Sabtu.

Sebelum pelantikannya, Dr Rohana yang merupakan pakar virus denggi adalah Timbalan Pengarah Pusat Kepimpinan Penyelidikan dan Inovasi di AKEPT, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang Biokimia dari Leeds University, United Kingdom, ijazah Sarjana dalam bidang Sains dari UM, dan ijazah Sarjana Muda Sains (Biokimia) dari Lancaster University, United Kingdom. - BERNAMA

iklan

iklan

Iklan