X Close

Khatib Pertahan Tindakan Doakan KM Lim Guan Eng

Diterbitkan: Rabu 25 Ogos, 2010

PULAU PINANG: Zakaria Ahmad, khatib yang kini menjadi perhatian ramai kerana kontroversi mendoakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat mempertahankan perbuatannya dengan mengatakan beliau sekadar berdoa agar pemimpin itu menerima Islam.

"Saya berpendapat tidak ada apa yang tidak kena dengan perbuatan saya itu cuma mungkin tempatnya saja yang tidak sesuai," katanya kepada para pemberita pada Selasa.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, soal memohon maaf kepada umat Islam di atas tindakannya itu tidak berbangkit.

Malah beliau menyatakan rasa kesal kerana isu tersebut telah digembar-gemburkan dan dipolitikkan.

Katanya, polis telah pun mengambil kenyataan daripadanya di Taiping.

Dalam pada itu, Zakaria juga berkata, beliau sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas media dan juga individu yang telah mencemarkan namanya kerana membangkitkan isu tersebut.

Semalam, Zakaria telah mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang di Lebuh Pantai pada jam 3.20 petang.

iklan

iklan

Iklan