X Close

Dulu Pengurus Bank, Nafisah Kini Pengarah Kanan Jualan Mary Kay

Diterbitkan: Ahad 9 Mei, 2010

Nafisah Omar bersama Pengurus Mary Kay Asia, Madam Rose Adam pada majlis penyampaian kunci kereta 'Unit Pink Car' Mary Kay di Hotel Armada hari ini. Foto Ehsan Mary Kay

TANPA impian mimpi tidak akan menjadi kenyataan, ungkapan itu menjadi azimat bagi ibu kepada tiga cahaya mata, Nafisah Omar, 45.

Berpegang atas prinsip berkenaan, bekas pengurus bank sebuah institusi kewangan di negara ini sudah boleh tersenyum bangga apabila kerja kerasnya dalam bidang ‘multi level marketing’ kini membuahkan hasil.

Setelah dua tahun menceburi bidang perniagaan itu, beliau dihadiahkan sebuah kereta Toyota Altis Edisi Istimewa, Unit Pink Car selepas beliau mencapai tahap Pengarah Kanan Jualan Mary Kay.

Nafisah Omar bersama-sama ahli unitnya ketika sesi bergambar.

Jika dibandingkan 13 tahun yang lalu, ketika dia bergelar pengurus bank pendapatannya sekitar RM 10, 0000 sebulan kini selepas dua tahun setengah menyertai Mary Kay dia sudah boleh tersenyum bangga dengan pendapatan mencecah RM 50, 000 sebulan.

Namun kejayaan itu bukan datang bergolek di depan mata, bagi Nafisah tanpa usaha impian itu tidak akan mampu digapai. “Saya percaya kepada impian dan mula memahaminya sejak memakai produk Mary Kay tiga tahun yang lalu.

“Semuanya bermula selepas saya menghadiri ‘Leadership Conference’ pada tahun 2009. Di situlah hati saya mula terbuka untuk menjadikan Mary Kay sebagai mata pencarian utama saya,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadian ‘Unit Car Pink kepada Pengarah Kanan Jualan yang berjaya mencapai sasaran jualan masing-masing.

Nafisah mengakui dia bermula dari bawah namun berkat kesungguhan dan semangat yang dimilikinya beliau berjaya memiliki pendapatan lima angka yang tidak pernah diperolehinya ketika menjadi pengurus bank.

“Bukan mudah untuk saya meletakkan jawatan sebagai pengurus bank dan menceburi bidang perunding kecantikan yang tidak pernah saya fikir sebelum ini.

“Namun orang yang bertanggungjawab membawa saya mengenali Mary Kay, Pengarah Kanan Mary Kay, Nurul Asyikin Sudin berjaya menyakinkan saya untuk mencuba kaedah MLM ini,” katanya.

Beliau berkata, sikap tidak mudah berputus asa dan yakin kepada kemampuan diri sendiri perlu ada dalam setiap perunding kecantikan untuk berjaya dalam bidang ini.

“Bagi saya Mary Kay bukan sekadar menjual barang dan mencari ahli baru sahaja namun ia lebih daripada itu.

“Sifat kekeluargaan yang ada dalam Mary Kay akan membuatkan kita saling bantu membantu antara satu sama lain dalam merealisasikan impian setiap orang,” katanya.

Jelasnya, di Mary Kay tiada apa yang mustahil keran setiap perunding kecantikan diajar dan diberikan latihan mengenai produk sebelum mereka boleh menjualnya kepada ahli baru.

“Saya percaya kepada prinsip kita perlu ada impian besar untuk mencapai sesuatu yang kita idamkan. Namun impian itu hanya mampu digapai sekiranya kita mempunyai perancangan yang strategik dalam apa jua yang kita lakukan,” katanya.

Beliau mengakui bukan mudah untuk menjual produk dan usaha mendapatkan ahli baru untuk membina sebuah pasukan yang kuat dan rajin seperti yang beliau miliki pada hari ini.

“Masa dan tenaga banyak perlu dikorbankan sepanjang tempoh dua tahun ini. Saya sangat berterima kasih kepada suami dan anak-anak yang begitu memahami kerja dan cita-cita saya.

“Untuk menjadikan impian itu sebagai kenyataan kita perlu mempunyai perancangan jangka pendek dan panjang. Dari situ kita bergerak dan mencapai satu persatu matlamat yang ditetapkan,” katanya.

Nafisah berkata, beliau akan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang bagi merealisasikan impian ahli-ahli di bawahnya untuk mencapai tahap jualan mereka.

Mary Kay bukanlah sebuah syarikat yang memfokuskan kepada alat kosmetik semata-mata.

Syarikat yang berasal dari Dallas, Amerika Syarikat ini merupakan produk kecantikan yang menitikberatkan kualiti dan kepuasaan pengguna menjadi perkara utama ia dihasilkan oleh Mary Kay Ash pada tahun 1963.

Kini setelah hampir 46 tahun kewujudannya, Mary Kay masih lagi menjadi produk yang eksklusif yang hanya boleh diperoleh daripada mereka yang menjadi ahlinya sahaja.

Dengan kos permulaan serendah, RM180 anda mampu bergelar jutawan dalam tempoh dua hingga tiga tahun bergantung kepada keupayaan dan tahap kerajinan seseorang ahli itu untuk mencapai tahap jualan tertentu yang ditetapkan.

iklan

iklan

Iklan