X Close

BSN Tawar 21,000 Hadiah Cabutan Sijil Simpanan Premium

Diterbitkan: Sabtu 29 Mei, 2010

Pemenang kedua Cabutan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi bulan April yang memenangi Toyota Camry, Noor Asihin Surani, 46, (kanan) bersama isteri Rozilawati Abdul Aziz, 41, (dua, kanan) dan anak-anak Nurul Nabihah Noor Asihin,13, dan adik Nurul Syuhaidah, 9, gembira dengan mereka pada majlis Cabutan Sijil Simpanan Premium BSN yang diadakan di Kuala Lumpur. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan 21,540 hadiah kepada para pemegang bagi setiap cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) sepanjang tahun ini.

Timbalan Ketua Eksekutif BSN (Perbankan Konsumer & Pembangunan Perniagaan) Yunos Abd Ghani berkata ia adalah bagi menggalakkan orang ramai menambah sijil simpanan serta menambah peluang mereka memenangi hadiah menerusi dua cabutan istimewa iaitu Cabutan Penghargaan dan Simpanan Tertinggi.

"Hadiah utama yang ditawarkan menerusi cabutan SSP ialah sebuah kereta BMW 523i Convertible serta pelbagai hadiah lain," katanya kepada pemberita pada majlis Cabutan SSP bulan Mei di sini hari ini.

Beliau berkata usaha itu juga selaras dengan misi kerajaan yang sentiasa menggalakkan amalan menabung dan menyimpan kerana ia secara tidak langsung dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih berkesan.

Yunos berkata sehingga 23 Mei lepas, jumlah SSP yang dilanggan ialah lebih 132 juta unit oleh 1.6 juta orang.

Pada majlis itu seorang petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Kota Damansara, Noor Asihin Surani, 46, diumumkan sebagai pemenang sebuah kereta Toyota Camry menerusi cabutan SSP bagi bulan April. - BERNAMA

iklan

iklan

Iklan