X Close

Zuraidah Mohamed Dilantik Ketua Pengarah AADK

Diterbitkan: Khamis 8 Apr, 2010

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zuraidah Mohamed dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) mulai semalam, menjadikan beliau wanita pertama menyandang jawatan tersebut.

Zuraidah, 55, yang menjadi Ketua Pengarah kesembilan agensi itu, menggantikan Datuk Abdul Bakir Zin yang bertukar ke Kementerian Dalam Negeri.

Beliau tidak asing lagi kepada AADK memandangkan beliau pernah menjadi Pengarah Bahagian Rawatan dan Pemulihan AADK dari 2003 hingga 2006, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

iklan

Iklan