X Close

Taib Kekal Presiden PBB Untuk Penggal 2010-2013

Diterbitkan: Khamis 4 Mac, 2010

KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud selaku Ketua Menteri Sarawak kekal sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk penggal 2010-2013 apabila mempertahankan jawatan tersebut tanpa bertanding pada pemilihan pada Persidangan PBB Ke-12 di sini semalam.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatakuasa Pemilihan parti Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar.

Beliau turut mengumumkan semua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini kecuali 11 jawatan untuk Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk kuota Bumiputera.

Pada pemilihan yang berakhir lewat petang ini, Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Datuk Talib Zulpilip mendapat undi tertinggi 830 undi.

Sementara jawatan MKT untuk kuota Pesaka pula semuanya menang tanpa bertanding, katanya.

Berikut ialah senarai penuh Majlis Tertinggi PBB Sesi 2010-2013.

Presiden - Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Timbalan Presiden I - Tan Sri Alfred Jabu Numpang

Timbalan Presiden II- Datuk Amar Abang Johari Tun Openg

Naib Presiden Kanan I- Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan

Naib Presiden Kanan II- Datuk Seri Douglas Uggah Embas

Naib Presiden- Datuk Seri Dr Muhd Leo Toyad

- Datuk Seri Michael Manyin Jawong

- Datuk Daud Abdul Rahman

- Abdul Wahab Aziz

- Lihan Jok

- Senator Datuk Seri Empiang Jabu

- Fadillah Yusof

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (Bumiputera)

- Datuk Talib Zulpilip

- Julaihi Narawi

- Aidan Wing

- Dr Abdul Rahman Ismail

- Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud

- Datuk Senator Idris Buang

- Murni Suhaili

- Abdul Karim Rahman Hamzah

- Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen

- Ahmad Lai Bujang

- Dr Wahbi Junaidi

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (Pesaka)

- Datuk Gramong Juna

- Datuk James Dawos Mamit

- Roland Sagah Wee Inn

- Frederick Bayoi Manggie

- Datuk Henry Sum Agung

- Alexander Nanta Linggi

- Datuk Benedick Bujang Tembak

- Watson Bangau

- Mujah Lihan. - BERNAMA

iklan

iklan

Iklan