X Close

Revalina S Temet Teruja Bawa Watak Wanita Hamil

Diterbitkan: Rabu 6 Okt, 2010

Revalina S Temat(kanan) bakal memainkan watak wanita hamil dalam filem terbarunya

JAKARTA: Pelakon popular Indonesia, Revalina S Temet mengaku teruja untuk membawa watak wanita hamil dalam filem terbarunya berjudul Satu Jam Saja.

Menurutnya, dia menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang dan memberi jawapan selepas sahaja membaca sinopsis dan watak yang bakal dijiwainya itu.

"Saya akan memainkan watak wanita bernama Gadis yang memiliki karakter yang tegas, keras kepala dan terlalu berani. Selain itu cabaran utama ialah untuk jadi wanita hamil.

"Perkara itu saya belum pernah mengalaminya tentulah mungkin ada masalah bagi saya. Mujurlah kakak saya sedang hamil, jadi senang untuk saya buat rujukan," jelasnya sambil ketawa.

Dalam pada itu, Revalina berkata filem tersebut tidak terlalu banyak cabaran berat yang perlu dilakukan, ia lebih berkisah tentang seorang gadis remaja yang tegas dan mempunyai pendirian sendiri.

iklan

iklan

Iklan