X Close

Terkaya dan paling berpengaruh di negara Arab

Diterbitkan: Jumaat 18 Sept, 2009

Nancy Ajram mula dikenali selepas memenangi pertandingan hiburan Noujoum Al Moustaqbal (Bintang-Bintang Masa Hadapan), sebuah pertandingan muzik di televisyen Lubnan pada pertengahan tahun 1990-an. -Foto AFP

NAMA Nancy Ajram telah disenaraikan antara 10 wanita paling berpengaruh di Asia Barat dan penyanyi Lubnan yang terkaya.

Penyanyi dan penari Arab terkenal ini dilahirkan pada 16 Mei 1983 dan popular dengan lagu-lagu seperti Akhasmak Ah, Ya Salaam, Ah w Noss dan Ya Tabtab w Dalla.

Beliau telah berjaya menjual sebanyak 12,000,000 unit album di dunia Arab dan harta peribadinya, kebanyakkannya diperolehi daripada jualan album yang tinggi dan model dalam iklan-iklan komersial, adalah sebanyak USD $ 16,000,000.00.

Dengan kelarisan album tersebut, Nancy tersenarai sebagai penyanyi wanita Lubnan ketiga yang paling berjaya menjual album dalam industri muzik Lubnan.

Mula dikenali selepas memenangi pertandingan hiburan Noujoum Al Moustaqbal (Bintang-Bintang Masa Hadapan), sebuah pertandingan muzik di televisyen Lubnan pada pertengahan tahun 1990-an.

Namun Nancy menghadapi kegagalan untuk dua buah album yang dihasilkan seperti Mihtagaalak (Aku Perlukan Mu) pada tahun 1998 diikuti dengan album Sheel Oyounak Anni (Alihkan Matamu Dariku) pada tahun 2000.

Kegagalan itu, walau bagaimanapun membuat dia lebih bersemangat untuk berusaha. Nancy kembali terkenal di dalam dunia hiburan Arab dengan album terbarunya Ya Salaam (Wah Hebatnya!) pada tahun 2003 yang telah diterbitkan oleh penerbit Lubnan yang terkenal, iaitu Jiji Lamara.

Pada tahun 2004, beliau telah berjaya lagi menghasilkan album yang berikutnya iaitu Ah w Noss (Oh! Sudah Tentu).

Pada awal tahun 2000, Nancy Ajram menempa kejayaan di dalam dunia pengiklanan berprofil tinggi seperti Coca-Cola dan Damas Jewellery.

Pada tahun 2007, Nancy Ajram telah mengeluarkan satu kenyataan mengumumkan yang beliau belum bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian pada karier beliau.

Latar belakang Nancy

Beliau dilahirkan di kawasan kejiranan Kristian iaitu Ashrafiyeh yang terletak dalam bandaraya Beirut, Lubnan. Ibu bapanya adalah Nabil Ajram dan Rimonda Ajram.

Nancy ada seorang adik perempuan iaitu Nadine Ajram yang merupakan seorang pelakon dan abangnya Nabil Ajram, seorang penyanyi.

Nancy Ajram tidak pernah menyatakan pegangan agama beliau kepada masyarakat umum dan ini telah memberikan pelbagai andaian dibuat terhadap pegangan agama beliau.

Antara andaian-andaian yang dibuat terhadap kepercayaan beliau adalah beliau beragama Kristian Katolik Maronite, Kristian Ortodoks, Islam Sunni atau Islam Syiah.

Nancy Ajram telah pun berkahwin dengan Dr. Fadi Hashem, seorang doktor gigi pada 1 haribulan September 2008 di Cyprus. Ada khabar angin yang menyatakan bahawa perkahwinan itu terpaksa diadakan di Cyprus kerana perkahwinan antara dua agama yang berlainan (ada yang menyatakan Nancy Ajram beragama Kristian dan Fadi Hashem beragama Islam, dan ada juga yang menyatakan bahawa Nancy Ajram beragama Islam dan Fadi Hashem beragama Kristian) dan tidak diiktiraf di Lubnan.

Nancy Ajram telah melahirkan seorang anak perempuan pada 16 haribulan Mei 2009, iaitu pada harijadinya yang ke-26. Bayi tersebut telah diberikan nama Mila.

Pembabitan Awal Dalam Dunia Seni

Ketika berumur 12 tahun, beliau telah menyertai pertandingan Noujoum Al Mustaqbal dan telah memenangi pingat emas dalam kategori Tarab. Kemudiannya, Nancy telah menyambung pelajarannya di dalam bidang vokal dan teori muzik dengan beberapa orang guru muzik di Lubnan.

Walaupun, beliau masih di-bawah 18 tahun, Sindiket Artis-Artis Profesional di Lubnan menerimanya sebagai ahli kerana beliau mempunyai bakat yang luar biasa dan amat layak untuk digelar sebagai seorang artis profesional.

Nancy Ajram telah menghasil album-album Mihtaglak dan Sheel Oyounak Anni pada tahun 1998 dan 2000, tetapi kedua-dua album itu menemui kegagalan.

Karier Muzik

Pada tahun 2003, albumnya yang ketiga Ya Salaam termasuk single Akhasmak Ah (Aku mengecewakanmu Mu) yang menjadi lagu hit dan terkenal dengan video klipnya yang provokatif.

Di dalam video klip Akhasmak Ah beliau telah melakonkan watak seorang pelayan kafe yang menari dan menggoda kesemua pelanggannya yang 100% lelaki dengan berpakaian seksi. Dua lagi lagu daripada album tersebut iaitu Ya Salaam di mana beliau melakonkan watak seorang penghibur kabaret pada era 1930-an dan Yay, Sahr Oyounou (Oh! Sihir Matanya) di mana beliau melakonkan watak seorang pendandan rambut di kota Beirut yang mencari cinta.

Pada tahun 2004, beliau telah menghasilkan albumnya yang keempat berjudul Ah w Noss,(ya,pasti!) di mana beliau telah menghasilkan beberapa video klip yang mendapat perhatian ramai. Salah sebuah daripada video klip beliau iaitu Ol Tany Keeda (Katakanlah Sekali Lagi) telah mempromosi Coca-Cola setelah beliau menandatangani kontrak untuk endoseman jenama tersebut pada tahun 2005.

Nancy telah dipilih sebagai "Penyanyi Arab Terbaik oleh majalah Zahrat El Khalij untuk tahun 2003 dan 2004 berturut-turut. Beliau juga telah dinobatkan sebagai personaliti yang paling berpengaruh di dunia Arab oleh majalah Newsweek (versi Bahasa Arab) pada tahun 2005.

Pada awal tahun, 2006 beliau telah mengeluarkan satu single yang bertajuk Inta Masry (Kamu Warga Mesir), yang kebetulan dikeluarkan semasa negara Mesir sedang menganjurkan pertandingan bolasepak Piala Negara-Negara Afrika.

Klip video untuk lagu tersebut merupakan satu klip video yang amat unik di mana, penyanyi lagu tersebut (Nancy Ajram) tidak dipaparkan langsung di dalam klip video tersebut. Ia hanya menunjukkan warga Mesir daripada pelbagai golongan menyanyikan lagu tersebut secara lip-sync. Lagu tersebut berunsurkan patriotik negara Mesir.

Ya Tabtab w Dalla (Aku Tepuk dan Rosakkan) telah berjaya dikeluarkan pada bulan Februari, 2006. Klip video untuk lagu Ya Tabtab w Dalla telah diterbitkan oleh Nadine Labaki sebelum album itu dipasarkan. Klip video itu bertemakan suasana karnival sarkas.

Ehsas Jdid (Perasaan Baru), merupakan lagu yang paling sukses dalam album Ya Tabtab w Dalla'. Di dalam klip video lagu Ehsas Jdid', Nancy melakonkan watak seorang gadis yang amat kaya dan telah bertunang jatuh cinta kepada seorang pemuda miskin yang pekak. Lagu romantis ini memaparkan kebolehan Nancy Ajram menyanyi dengan menggunakan bahasa isyarat.

Dilaporkan pada masa kini beliau sedang berusaha untuk menghasilkan dua album sekaligus. Di mana salah satu album tersebut dikhususkan untuk golongan kanak-kanak.

Pada awal bulan Jun 2007, klip video untuk lagu Elli Kaan(Satu-satunya) daripada album Ya Tabtab w Dalla telah pun diterbitkan dan mempromosikan barang kemas terbaru Damas Jewellery. Nancy juga mempromosikan Coca-Cola melalui lagu El Haya El Hilwa (Kehidupan yang Manis). Promosi album Chakhbat Chakhabit telah pun disiarkan di saluran-saluran televisyen dunia Arab.

Kontroversi

Di dalam satu temubual dengan stesen televisyen Lubnan, beliau telah membuat satu kenyataan yang kontoversi membabitkan agama, dengan menyatakan bahawa beliau amat layak untuk diberikan ganjaran pada masa akhirat.

Ternyata khabar angin mengenai pemboikoitan konsert-konsertnya dilaporkan di internet. Tetapi khabar angin itu dibuktikan tidak berlaku. Bahkan, Nancy Ajram telah membuat persembahan di negara Bahrain pada Mei 2006 tanpa sebarang masalah dan gangguan.

iklan

iklan

Iklan