X Close

Final Piala Konfederasi: AS dahului 2-0, tapi Brazil juara

Diterbitkan: Isnin 29 Jun, 2009

Pemain Brazil, Lucio meraikan kemenangan setelah mengalahkan Amerika Syarikat (AS) untuk menjuarai kejohanan Piala Konfederasi di Johannesburg semalam. Brazil yang ketinggalan 0-2 dalam separuh masa pertama memperoleh gol ketiga - pada minit ke-84, untuk mengekalkan piala itu buat kali kedua berturut-turut. --fotoREUTERS

JOHANNESBURG: Lucio menjaringkan gol minit terakhir untuk menyelamatkan kemenangan pasukan terbaik dunia Brazil dalam kejohanan Piala Konfederasi awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Brazil yang ketinggalan 0-2 dalam separuh masa pertama memperoleh gol ketiga - pada minit ke-84, untuk mengekalkan piala itu buat kali kedua berturut-turut.

Pasukan Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini telah membuat kejutan dalam perlawanan separuh akhir mendahului dengan dua gol tanpa jaringan di sebelah Brazil sepanjang separuh masa pertama.

Kejayaan Brazil ini membolehkan ia menjulang piala itu buat kali ketiga.

Dua gol pasukan AS masing-masing dijaringkan oleh Clint Dempsey pada minit ke-10 dan Landon Donovan 17 minit kemudian.

Dalam pada itu, Sepanyol menewaskan tuan rumah Afrika Selatan juga 3-2 untuk duduk di tempat ketiga.

iklan

iklan

Iklan