X Close

Pelihara Keluarga Seperti Menjaga Maruah Diri

Diterbitkan: Ahad 13 Dis, 2009

RUMAHKU, syurgaku. Keharmonian rumahtangga dan keluarga boleh dipelihara dengan menjaga amal dan tertib rumahtangga dengan penuh jujur, taat, redha dan ikhlas isinya.

Perlu ada ketua keluarga bagi menjamin kesejahteraan agar sukar syaitan membisikkan kehancuran pada keluarga yang bahagia itu.

Syarat ketua keluarga itu perlu ada kasih sayang tanpa berbelah bagi. Adil di dalam membuat keputusan dengan memahami wadah isi keluarganya.

Ibu bapa di dalam keluarga itu umpama raja dan permaisuri, anak-anak dan isi rumah pula seperti rakyat dan khazanah kerajaan. Tadbirlah ia dengan bijaksana.

Perlu ada pada seorang suami itu sifat ketua, guru, teman dan sahabat kepada isterinya. Wajib bagi suami mengasihi isterinya selagimana cintanya isteri kepadanya.

Kepada si isteri, wajib dikasihi. Anak, disayangi. Harta benda, pangkat dan darjat disukai. Kepada Allah dan Rasul, wajib dicintai.

Peliharalah keluarga sebagaimana kita memelihara maruah diri kerana mereka itu adalah dalil amanah kita kepada yang Esa.

iklan

iklan

Iklan