X Close

Dekorasi rumah melambangkan peribadi Sazzy!

Diterbitkan: Sabtu 17 Okt, 2009

Sazzy gemarkan konsep klasik dan elegan untuk tatahias kediamannya.

SAZZY Falak lebih gemar memilih konsep bohemian memandangkan pelakon dan pengacara ini merupakan peminat barang-barang daripada konsep itu.

‘Bohemian chic’, atau lebih dikenali sebagai gaya hidup baru Perancis ‘gypsy-esque’ artis dan penghibur, sekarang ini merujuk kepada mengguna semula barang-barang yang masih elok. Dalam kata lain: ‘menghidupkan’ semula yang lama.

“Saya tidak mahu stail dalam rumah saya nampak biasa. Saya suka idea mengumpul barang-barang dekorasi yang menarik dari tempat-tempat yang saya pernah kunjungi.

"Kebanyakannya berkonsepkan bohemian dan dalam masa yang sama klasik dan elegan. Itu adalah cara saya nak rumah mencerminkan diri saya,” katanya.

‘Lights, camera, action!’

Sazzy telah menceburi bidang lakonan sejak berusia 11 tahun, dan bakat lakonannya terserlah menerusi banyak produksi termasuk drama tv sepertti ‘Gol & Gincu’, ‘Apa Itu Cinta’ dan ‘Kerana itu Cinta’.

Wanita berusia 28 tahun itu juga banyak mengendalikan beberapa program tv seperti ‘Force of Nature Jogjakarta’, ‘Anugerah Era 2006’ dan ‘Karpet Merah Anugerah Festival Filem Malaysia 2006’.

Ruang tangga tidak dibiarkan kosong.

Lakonan terbarunya menerusi filem komedi fantasi ‘Jin Notti’, yang ditayangkan semasa Hari Raya.

Walaupun jadual kariernya sangat sibuk, Sazzy yang mempunyai pelbagai bakat juga menguruskan syarikat produksi SinclairFalak Sdn Bhd bersama pelakon Ashraf Sinclair.

“Sekarang ini kami sedang dalam proses memperkenalkan sebuah band tempatan yang baru dan hos talk show,” jelas Sazzy.

“Kami juga sedang mencari skrip-skrip untuk projek yang akan dimulakan oleh saya dan Ashraf tidak lama lagi.”

Seimbangkan lakonan

Selain berlakon dan menguruskan syarikat produksinya, wanita yang sedang gembira dengan perkahwinannya ini juga begitu teruja dengan program amal yang menjadi aktiviti kegemarannya.

“Saya teruja dengan kanak-kanak dan suka menolong mana yang boleh dengan bantuan YAWA (Yayasan Anak Warisan Alam) dan MKKM (Majlis Kewajipan Kanak-Kanak Malaysia).

“Saya percaya jika anda berada di tempat saya, pasti anda juga tidak akan ragu-ragu untuk melakukannya,” kata Sazzy yang baru-baru ini dipilih sebagai gadis poster untuk program kesedaran persekitaran seluruh dunia, ‘Earth Hour Malaysia’ yang diadakan pada Mac lalu.

Sazzy lebih gemar berada di rumah dan mengemas.

Dalam kesibukan dengan banyak perkara, bintang berbakat besar ini kadangkala sukar untuk mengimbangkan antara kerja dan aktiviti lapangnya. Bukan itu sahaja, dia pernah terpaksa bekerja semasa sedang berbulan madu!

“Pada satu masa, jadual saya sangat sibuk sehingga saya rasa hendak lari dari semua kerja! Kawan-kawan dan keluarga saya sangat terkejut dan semuanya saya sedari apabila saya perlu berehat,” tuturnya.

Sazzy pentingkan kekemasan

Semasa hari-hari dia tidak bekerja, Sazzy tidak melibatkan dirinya dengan majlis makana malam yang penuh glamor atau berpakaian cantik sebaliknya dia lebih gemar berada di rumah..dan mengemas!

“Saya serupa dengan ibu saya. Semasa bercuti, saya suka mengemas rumah, tidak suka melihat rumah berselerak dan melengkapkan diri sebagai suri rumah!”

Padanan warna perabut dan langsir membangkitkan seri ruang makan yang diatur kemas.

Sazzy menganggap jika dia menyemakkan rumahnya, dia akan berasa fikiran dan hatinya terganggu. Dia juga percaya jika sebuah rumah berada dalam keadaan teratur, sebuah kehidupan juga akan menjadi seperti itu.

Tempat yang disukainya ketika berada di rumah tidak lain daripada dapurnya. “Ia adalah tempat yang ideal untuk dua perkara lalu yang saya suka lakukan: berborak dengan rakan-rakan dan makan!”

Apabila dia memerlukan suasana yang tenang, dia duduk di ‘patio’ setiap petang sambil menikmati minuman kegemarannya, dan berbaring di atas bangku kayu kegemarannya.

Dekorasi rumah melambangkan peribadi

Sazzy menyukai konsep bohemian untuk menghias rumahnya kerana ia menunjukkan minat, personaliti dan mencerminkan peribadi seseorang.

”Saya rasa ia lebih sesuai untuk ‘memperibadikan’ dekorasi di rumah dengan barang yang boleh mencerminkan latarbelakang dan cerita kehidupan kita,” katanya.

Dia melakukan perkara ini dengan menghias ruang rumahnya dengan benda yang mempunyai nilai sentimental seperti barangan kaca daripada perkahwinannya, alat perakam antik semasa percutian yang akan dikenang sampai bila-bila dan koleksi karya-karya Shakespeare - refleksi minatnya terhadap sastera.

Dia juga ‘memperibadikan’ perabot - memadankan paten, kain dan warna cat. Dekorasi rumah Sazzy tidak menampakkan lebih ‘peribadi’ daripada bingkai gambarnya yang menghiasi tangga. Menurutnya, ia merupakan idea bersama suaminya, Nazril Idrus, yang menggelarkannya ‘Tangga Kemasyuran’.

Ruang dapur juga dihias kemas.

”Saya tidak pernah membingkaikan gambar saya sehingga saya terfikir daripada saya mengumpul stok simpanan gambar-gambar itu, kenapa tidak saya gunakan untuk menghias tangga saya?” katanya sambil ketawa.

Pasangan ini merancang projek besar untuk membuat lanskap tamannya pula. Mereka keberatan untuk menyerahkan kerja itu kepada pereka lanskap, sebaliknya suka memilih masa yang sesuai untuk menghias rumah mereka sendiri.

Kekal dengan konsep bohemian, pasangan yang menggemari burung ini selesa memilih sarang yang melambangkan latar belakang dan sejarah mereka.

iklan

iklan

Iklan