X Close

Ramli Ibrahim lebih suka menari daripada berjalan

Diterbitkan: Rabu 14 Okt, 2009

Ramli Ibrahim seorang penari yang telah mempelajari beberapa jenis seni tari masyarakat India seperti Odisi dan Bharatanatyam.-Foto THE STAR oleh BRIAN MOH

RAMLI IBRAHIM adalah satu-satunya penari hebat berbangsa Melayu yang mahir dalam tarian klasik India.

Ramli telah mempelajari tarian-tarian kebudayaan Melayu, Ballet dan beberapa tarian moden dia lebih terkenal sebagai guru tarian tradisional India.

Dia adalah seorang penari yang telah mempelajari beberapa jenis seni tari masyarakat India seperti Odisi dan Bharatanatyam.

Penari ini meminati seni tari sejak berumur tiga tahun lagi.

"Saya lebih suka menari daripada berjalan semenjak kecil. Tarian sudah sebati dengan diri saya," katanya dalam satu temu bual tahun 2001.

Dia yang juga merupakan seorang jurutera mekanikal sentiasa meluangkan masanya untuk mempelajari pelbagai seni semasa bergelar siswa.

Seniman Ramli Ibrahim telah mereka tari lebih daripada 40 jenis tarian daripada pelbagai bangsa.

Penari hebat ini pernah membuat persembahan di serata dunia termasuk di Eropah dan Australia.

Beliau telah dianugerahkan dengan anugerah “Fulbright Distinguished Artiste in Malaysia” pada tahun 1999.

Pengasas Sutra Dance Theatre, sebuah studio tarian di Kuala Lumpur pada tahun 1983 ini telah mereka tari lebih daripada 40 jenis tarian daripada pelbagai bangsa.

Kebanyakkan daripada hasil karyanya mempunyai sentuhan genre seni lain seperti Makyong, Menora dan Silat.

Menurutnya, seni tari memberikannya ruang di mana dia boleh menyalurkan cetusan minda mengenai tarian yang kaya dengan cerita mitos dan adat resam.

Selain itu, dia juga merupakan salah seorang pengadil bagi rangcangan kepada “So You Want to Dance” versi Malaysia.

Walaupun beragama Islam, beliau tidak kekok menjejakkan kaki ke dalam kuil membuat persembahan.

Menurut Ramli, ini adalah kerana beliau tuntutan tugasnya sebagai seorang seniman dan itu bukanlah satu isu kerana pendapat itu sudah ketinggalan zaman.

Anak-anak murid Ramli Ibrahim membuat persembahan di sebuah kuil.-Foto THE STAR oleh S.S.KANESAN

Seniman ini berkata rahsianya untuk kekal sihat adalah dengan sentiasa memanaskan badan sebelum mula menari.

Beliau sentiasa menjaga pemakanannya dalam membuat senaman Yoga untuk menjaga kesihatannya.

Seniman ini suka memasak, berkebun dan mengajar seni tarian pada masa lapangnya.

iklan

iklan

Iklan