X Close

Dua suspek ditahan reman bagi bantu kes bunuh di Miri

Diterbitkan: Jumaat 12 Sept, 2008

MIRI: Polis hari ini memperolehi perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap dua suspek bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang pekerja luar pesisir berumur 29 tahun.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Fazira Azlina Mohd Rofli selepas menerima permohonan oleh pegawai penyiasat kadet ASP Ooi Jin Bing yang memberitahu mahkamah bahawa suspek yang masingmasing berumur 29 dan 21 tahun menyerah diri di balai polis Lutong, kira-kira 10km dari sini, pada kira-kira pukul 5.30 petang semalam, dalam keadaan luka dan lebam pada bahagian kepala, badan dan kaki.

Pekerja luar pesisir Felix Samuel dikatakan dipukul sehingga mati di kaki lima Jalan Bintang di sini pada kirakira pukul 3 pagi semalam.

Seorang rakan sekerjanya yang berumur 25 tahun mengalami kecederaan parah dalam serangan itu dan sedang dirawat di unit rawatan intensif Hospital Miri. BERNAMA

iklan

iklan

Iklan