X Close

Gambar sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

Diterbitkan: Sabtu 7 Jun, 2008

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pagi ini dimulakan dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka di sini.

Istiadat itu diadakan sebagai sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.  

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir menyaksikan istiadat itu.  

Keberangkatan tiba pasangan diraja di Dataran Merdeka tepat pukul 8 pagi disambut dengan lagu Negaraku serentak dengan tembakan meriam 21 das.

Ia disusuli dengan majlis pengurniaan pingat serta darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong di Istana Negara.

LIMA pesawat helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masing-masing membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia terbang di ruang udara pada majlis Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. fotoBERNAMA

 

TUANKU Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah tiba ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka. fotoBERNAMA

 

TUANKU Mizan Zainal Abidin melakukan tabik hormat. Turut hadir Abdullah Ahmad Badawi. 

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan antara tetamu kehormat hadir pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka.

 

  

TUANKU Mizan Zainal Abidin menganugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran "Tan Sri" kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A. Aziz di Istana Negara. fotoBERNAMA

ANGGOTA barisan kehormat mengaminkan doa ketika majlis Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka. fotoBERNAMA

iklan

iklan

Iklan