X Close

Perlu persediaan menangani perubahan iklim

Diterbitkan: Jumaat 4 Apr, 2008

  
PEMANASAN global telah memaksa kita untuk menangani kesan perubahan cuaca. Tetapi, sebahagian besar lapisan masyarakat Malaysia tidak sedar ataupun bersedia untuk menempuh perubahan yang tidak diduga ini.
 
Kita perlu mula memplot iklim ‘extrim’ dan kekerapannya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Ini dapat membantu agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kepada pengurangan kesan perubahan cuaca. Ini juga meliputi kerja-kerja infrastruktur seperti saliran dan aktiviti kerajaan tempatan untuk menghadapi perubahan ini serta meminimumkan kesannya kepada rakyat.
 
Terdapat bukti yang kukuh yang kita tidak dapat mengadaptasikan diri kita kepada perubahan cuaca. Kesannya yang tidak dapat di kawal Madang-kadang boleh mengatasi persediaan kita. Kita hanya boleh mengambil langkah untuk menangani kesan perubahan cuaca sahaja.
 
Bagaimana kita boleh melakukan ini?
 
Perubahan keadaan cuaca mesti direkodkan menggunakan pangkalan data yang cekap untuk merekod perubahan seperti tiupan angin, kemarau, aras air bawah tanah, banjir, kelebatan hujan, pengawasan kawasan berisiko tanah runtuh dan sebagainya. Data-data ini diserasikan dengan kawasan-kawasan yang mempunyai kesamaan geografi dan juga berkemungkinan mengalami masalah yang sama. Melalui kaedah ini tindakan mengatasi kesan iklim ‘extrim’ ini mungkin dapat dikurangkan.
 
Perubahan cuaca juga mengakibatkan kesan memudaratkan kepada ekosistem kita. Haiwan dan tumbuhan semenangnya sangat peka terhadap perubahan persekitaran yang mendadak. Adalah penting untuk mengkaji perubahan di hutan-hutan kawasan tanah tinggi dan tanah rendah dan bagaimana flora dan fauna menyesuaikan diri kepada perubahan ini.
 
Kajian mengenai kesan perubahan cuaca kepada hutan dan juga penghuninya akan menjadi sebahagian daripada tindakan untuk memelihara kawasan ini. Ini juga patut dijalankan dengan kapasiti penyelidikan yang baik melalui pakar-pakar yang sesuai. Terdapat satu kemestian untuk membangunkan kepakaran di dalam negara serta menjalinkan semua penyelidikan untuk kebaikan bersama.
 
Kebanyakan rekabentuk infrastruktur adalah lama dan ia memerlukan pembaikan dalam konteks iklim ‘extrim’. Kapasiti operasi mungkin tidak dapat menampung perubahan yang sedang berlaku sekarang. Struktur-struktur ini mungkin tidak dapat menampung peningkatan air larian permukaan (surface run-off) dan akan menyebabkan kesan kepada penghuni tempatan. Pada masa yang sama, lebih banyak kejadian tanah runtuh boleh berlaku kerana kestabilan cerun banyak bergantung kepada kandungan air dalam tanah.
 
Kita juga patut melihat kepada kesan perubahan cuaca kepada sektor pertanian. Hasil yang sekata memastikan bekalan yang mencukupi. Walaubagaimanapun, perubahan cuaca boleh memberikan kesan kepada kapasiti penghasilan dan boleh menyebabkan gangguan bekalan makanan.
 
Industri air di rawat juga perlu peka akan perubahan kepada bekalan air mentah. Hujan yang lebat juga boleh menjadi kemarau yang panjang kerana iklim yang ‘ektrim’.
 
Contoh implementasi pengurangan kesan sememangnya wujud. Environment Canada memastikan komunikasi yang kerap kepada pegawai-pegawai peringkat daerah untuk memastikan aliran informasi yang tepat dan cepat. Terdapat juga laman web yang sedia ada supaya dapat mendidik masyarakat untuk bersiap sedia dan senantiasa peka terhadap perubahan untuk mengelakkan sebarang keadaan yang tidak diingini. Walaupun kejadian di Kanada dan Malaysia jauh berbeza, tetapi cara informasi disebarkan dan kecekapan implementasi dapat digunakan.
 
Tindakan sebegini juga akan memastikan rakyat bersedia dan mengurangkan kehilangan nyawa atau kecederaan jika berlaku kejadian yang tidak diingini.
 
Kita patut memfokus dalam pengabungan usaha-usaha secara menyeluruh untuk mengatasi kesan perubahan cuaca. Setiap langkah yang di ambil sekarang boleh menyelamatakan banyak nyawa di masa depan. Masa depan di tangan anda.
 
Piarapakaran Subramaniam
Pengurus
Bahagian Alam Sekitar
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA)

iklan

iklan

Iklan