X Close

Lebuhraya Pulau Indah - Kajang dibina tidak lama lagi

Diterbitkan: Isnin 4 Feb, 2008

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sepanjang 40km yang akan menghubungkan laluan dari Pulau Indah ke Kajang, akan dibina tidak lama lagi, Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu mengumumkan Isnin.

"Berapa jumlah kos pembinaan, itu kita tidak boleh umumkan lagi.

"Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang berbincang dengan pihak bank dan satu memorandum perjanjian bersama pihak bank akan ditandatangani dalam masa dua minggu lagi," katanya selepas merasmikan kilang baru Duromac (M) Sdn Bhd di Bandar Kinrara, Puchong di sini.

SKVE akan dibina dari Pulau Indah (Westport) menuju ke Pulau Carey dan dihubungkan ke Lebuhraya Elite seterusnya ke Putrajaya dan Kajang.

Dalam perkembangan lain, Samy Vellu berkata beliau tidak akan mengumumkan nama sebarang calon dalam pilihan raya akan datang dan menyerahkan keputusan kepada Pengerusi Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. BERNAMA

iklan

iklan

Iklan