X Close

Budaya rock bukan diluar budaya kita

Diterbitkan: Isnin 28 Jan, 2008

Ekoran dari laporan dari keratan Utusan Online pada Ahad, 20 Januari lalu mengenai kontroversi artis menanggal baju mendedah badan amatlah menjadi heboh sekali.

Apa tidaknya? kerana ini di luar budaya kita!!!
 
Cuba bayangkan artis tersebut pernah disuatu ketika dulu adalah penyanyi dari kumpulan nasyid, dan sudah tentulah seorang yang beradab-sopan dan penuh dgn tata-susila mengikut kehendak ajaran Islam.

Tapi apa sudah jadi bila dipengaruhi oleh budaya rock yang liar itu? Hendakkah kita mahu jadikan seluruh generasi muda masyarakat kita mengikuti jejak seperti artis ini?
 
Lihat sajalah apabila dia sudah beralih arah dengan tiba-tiba meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi nasyid, dengan dipengaruhi oleh nafsu yg tamakkan wang ringgit dan populariti serta glamor, dia lantas mengambil jalan kearah budaya liar barat (budaya rock) yang amat ghairah disukai dan digemari oleh kebanyakan anak-anak muda Melayu kita, maka satu demi satu kontroversi timbul akibat dari tindak-tanduk liar yang dilakukannya seolah-olah macam orang mabuk atau hilang akal. Itukah satu contoh budaya yang harus diikuti?
 
Kalau itu di luar budaya kita atau ini bukan budaya kita. Mengapa harus kita (terutama media-media televisyen) masih giat memberi penonjolan dengan berbagai-bagai persembahan nyanyian rock dan rap di kaca televisyen (dari segenap stesen televisyen).

Hiburan seperti ini tidak seharusnya ditonjolkan kepada penonton semua menerusi kaca televisyen dan juga bagi persembahan konsert rock yang diadakan di pentas terbuka.
 
Itu menggalakkan namanya bukan nak menghindarkan budaya liar dari menular.
 
Memandangkan respon dari pihak RTM dan juga lain-lain media televisyen (dari stesen-stesen televisyen swasta lain) tidaklah nampak secara serius bertujuan untuk menghapuskan atau menyekat secara total akan menularnya gejala-gejala unsur negatif dengan memberi ruang untuk persembahan di haca televisyen.

Kononnya, artis-artis yang dikatakan 'penghibur' diberi kesempatan membuat persembahan dgn menggalakkan lagu-lagu unsur rock atau rap atau lagu-lagu yang dipersembahkan secara gila-gila, menyalak bagai anjing gila, melalak tak tentu arah hinggakan tidak melambangkan suatu unsur karya seni yang dapat kita katakan 'karya seni' dalam ertikata sebenarnya.
 
Untuk mengelak dari mengubati  penyakit sebelum ianya semakin berjangkit, lebih elok jika di cegah sebelum jadi parah. As a precautionary measure "Prevention is better than cure" sebagaimana kata pepatah Inggeris.
 
Pihak media yang memaparkan, menghidangkan dan menyajikan hiburan berupa unsur-unsur negatif seperti persembahan nyanyian lagu-lagu rock, rap dan sebagainya, seharusnya tidak digalakkan lagi disiarkan dikaca televisyen atau di persembahan konsert terbuka untuk tontonan anak-anak muda generasi masyarakat Malaysia kita 'amnya.

Kalau tidak, perkara atau gejala seperti ini jika terus dibiarkan, seolah-olah memberi 'encouragement' kepada mereka.
 
Sekatan seharusnya bermula dari pihak media tv dan lain-lainnya untuk menghindarkan pengaruh budaya liar lagi songsang ini merebak hingga akan jadi tak terkawal nanti, baru betul-betul parah jadinya pada generasi anak cucu cicit kita dimasa mendatang.

Akhirnya, anak cucu cicit kita juga yang akan menerima padahnya (jika ianya tidak dibendung dari sekarang).
 
Sedarkah pihak yang bertanggungjawab dibahagian media-media hiburan baik di stesen-stesen televisyen atau media-media yang lainnya, yang pengaruh budaya rock dan rap atau yang sama sepertinya, kebanyakkannya dan selalunya mengundang akan amalan pengambilan najis dadah, pil-pil khayal, alkohol dan jenis yang mengkhayal dan memabukkan sebagai catalyst untuk menghayati irama budaya liar yang bagi mereka mengasyikkan sangat.

Padahal ianya semata-mata untuk 'melupakan diri' (dimana minda mereka dalam keadaan sub-conscious atau semi-conscious) mereka semata.

Itu yang dikatakan khayalan yang kononnya mengsyikkan.
 
Istilah mat-mat gian adalah 'berdengung' baru dapat menikmati keseronokkan dalam 'khayalan yg mengasyikkan' itu.

'Berdengung' maksudnya 'mengenakan sedutan atau tarikan atau hisapan ganja atau suntikan syabu, morfin, atau menelan pil-pil ectasy atau jenis yang mengkhayalkan' baru boleh dapat 'effect' atau kesan yang di hajati.
 
Sebab itulah semakin banyak hiburan yang berunsur rock dan rap semakin ramai sambutan penontonnya-peminatnya dari golongan mat-mat gian atau penagih-penagih dadah.

Dan yang baru nak mencuba pun akan bermula dari sini juga apabila ramai pengikut-pengikut idola mereka turut memberi perangsang.

Maka akan bertambahlah jumlah pengikut-pengikut (wannabe) mat gian yang baru (newbies).
 
Kita tidak mahu gejala negatif ini menular dari generasi ke generasi anak cucu cicit kita, jika tidak ada noktahnya dari awal-awal lagi.
 
Amat kesal sekali jika pehak berkenaan masih tidak endah dan tidak mengambil langkah yang positif bagi mengelak atau mencegah sebelum sudah jadi parah keatas masyarakat kita keseluruhannya.
 
Inilah yang dikatakan hiburan yang merosakkan masyarakat.

Hiburan yang menyebabkan masyarakat jadi pincang.

Untuk langkah pertama, sumber hiburan (media televisyen) yang harus mulakan tindakan menghapuskan "Hiburan liar diluar budaya kita" dari ditontoni oleh masyarakat keseluruhannya.
 
ANTIPEROSAKBUDAYA&BANGSA 

 

iklan

iklan

Iklan