X Close

Ziana jelmaan 'Saloma'

Diterbitkan: Rabu 11 Jan, 2006

Penyanyi dan pelakon yang mendapat jolokkan Jennifer Lopez Malaysia, Ziana Zain akan memeriahkan lagi persada seni pada tahun ini apabila bersetuju untuk melakonkan watak Saloma dalam pementasan "P.Ramlee-The Musical" yang akan dipentaskan pada bulan 28 Julai hingga 20 Ogos.

"Secara dasarnya saya bersetuju kerana saya anggap ini sebagai satu penghormatan untuk diri saya. Tidak mungkin saya termampu untuk menjadi Saloma"

"Secara dasarnya saya bersetuju kerana saya anggap ini sebagai satu penghormatan untuk diri saya. Tidak mungkin saya termampu untuk menjadi Saloma. Dapat lakonkan wataknya pun sudah cukup," ujar penyanyi yang semakin jelita ini.

"P.Ramlee-The Musical" akan turut menampilkan beberapa artis terkenal yang akan melakonkan watak seniman agong P.Ramlee dan Saloma di beberapa peringkat umur.

Pementasan ini akan diarahkan oleh pelakon teater yang disegani ramai, Adlin Aman Ramlie, yang juga anak kepada seorang lagi seniman agong A.R Tompel. Sebanyak 20 buah lagu P.Ramlee-Saloma akan diselitkan dan beberapa episod dari filem hebat pasangan ini juga akan dipentaskan semula untuk tontonan ramai.

Acara muzikal dari idea asal Shireen Woon ini akan dipentaskan oleh Impact International bersama Istana Budaya.

Ziana yang begitu terharu dengan tawaran ini berkata dia akan cuba menghidupkan watak Saloma sebaik mungkin dan akan memberikan penekanan dari segi penampilan, dandanan dan alunan lagu.

"Saloma tiada pengganti. Terlalu kerdil bakat saya kalau nak dibandingkan dengan Saloma. Saya akan membuat yang terbaik," kata ibu muda yang mempunyai dua orang anak ini.

FILEM QABIL KHUSRY QABIL IGAM (QKQI)

Walaupun semangat filem ini terang-terang diilhamkan dari filem Bollywood, ianya tetap mendapat tempat di hati Ziana.

Filem yang mendapat sentuhan kreatif dari penulis skrip Azlina Pa'Wan ini terpaksa dihentikan pengambaraannya kerana masalah kewangan pada tahun lalu. Ianya diteruskan semula pada awal tahun ini dengan membuat pengambaraan di lokasi sekitar Paya Jaras, Sekincan dan Kuala Lumpur.

"Saya adalah seorang yang komited oleh sebab itu saya akan tetap bersama filem ini. Tambahan pula saya amat suka akan jalan cerita dan watak yang akan saya lakonkan. Sebagai salah seorang pelakon utama, saya anggap semua masaalah yang berlaku dalam filem ini ada hikmahnya. Pokoknya kita kena banyak bersabar," kata Ziana, apabila diminta komennya tentang penukaran pelakon Yusry KRU dengan Rusdi Ramli di saat-saat akhir.

Yusry KRU yang telah menjalani 15% dari pengambaraan filem ini telah memberitahu penarikan dirinya apabila filem ini disambungkan semula.

Hampir 25 peratus penggambaran filem QKQI telah selesai dilakukan di Lenggong, Perak dan Tanjong Karang pada akhir tahun lepas.

"Saya menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengalaman untuk menyedarkan saya bahawa untuk menghasilkan sesuatu yang baik, kita akan diuji olehNya. Sebagai pelakon, saya rasa bertanggung jawab untuk memberi kerjasama supaya apa yang dihajatkan oleh penerbit akan terlaksana dan harap-harap QKQI akan berjaya," katanya lagi.

Filem terbitan Sonata Filem Sdn Bhd di bawah arahan Muhd Zaili Sulan ini akan menelan belanja anggaran RM2.5 juta.  Ia akan menampilkan barisan pelakon handalan seperti Erra Fazira, Rusdi Ramli dan Hans Isaac dan dokongan padu oleh gandingan pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Fauziah Nawi, Khatijah Tan, Hisham Ahmad Tajudin, Maimun Talib dan Izi Yahya.

Penggambaran filem QKQI dapat diteruskan selepas mendapat bantuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Bank Pembangunan & Industri Malaysia.

Filem QKQI adalah sebuah kisah cinta yang berkisar tentang dua orang adik-beradik bernama Qabil Khushry (Hans Isaac) dan Qagil Igram (Rusdi Ramli), anak kepada Ismail (Datuk Rahim Razali) dan Tijah (Fauziah Nawi). Qabil Khushry amat sayang akan adiknya semenjak dari adiknya di dalam kandungan ibunya.

Ketika dewasa, Rani lakonan Ziana Zain jatuh hati kepada Khushry manakala adiknya, Karisma (Erra Fazira) memuja Igam walaupun pada awalnya Karisma tidak dapat menerima kenakalan Igam.

Bagaimanapun, kerana satu kesilapan, mereka sekeluarga bagaikan tersepit, lalu satu keputusan terpaksa dibuat yang membabitkan satu pengorbanan yang besar.

Sentuhan Hindustan yang begitu ketara sari awal hingga akhir ini tentu sahaja akan membuat peminat filem Bollywood ke panggung.

ALBUM BARU
Ziana akan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada rakaman album terbarunya yang ke tujuh sebaik sahaj tamat pengambaraan filem QKQI. Album yang diterbitkan oleh Ramli M.S. ini adalah satu projek yang amat dinantikan oleh Ziana sendiri.

"Saya ingin memberi kelainan kerana setelah berada sekian lama di dalam bidang muzik. Tentu saja peminat saya tertunggu-tunggu album ini setelah sekian lama saya tidak merakamkan album"

"Saya ingin memberi kelainan kerana setelah berada sekian lama di dalam bidang muzik. Tentu saja peminat saya tertunggu-tunggu album ini setelah sekian lama saya tidak merakamkan album. Saya perlu menyajikan sesuatu yang lain kerana sebagai orang lama apa sahaja yang saya lakukan akan mendapat perhatian," ujar kakak kesayangan penyanyi popular Anuar Zain ini.

Ziana juga turut mengundang beberapa komposer yang telah banyak berjasa kepadanya untuk memberi lagu mereka seperti LY, Saari Amri, Azmeer, Azlan Abu Hassan dan Andan Abu Hassan.

Album yang dikeluarkan oleh syarikat milik Ziana sendiri Zig Zag Beat Sdn Bhd ini akan diedarkan oleh EMI Records dan menurut perancangan akan dilancarkan pada hari lahir Ziana yang ke 38, iaitu pada 2 Mei depan.

JENAMA MINYAK WANGI "Truly"
Ziana mencipta sejarahnya sendiri apabila terpilih menjadi artis tempatan pertama muncul dengan jenama minyak wangi sendiri yang diberi nama Truly keluaran Nutrimetics.

"Saya rasa begitu bangga dan bertuah kerana terpilih sebagai duta dan jurucakap kepada Nutrimetics dan diberikan  diberikan peluang pula menghasilkan jenama minyak wanginya sendiri," jelas Ziana.

Yang paling membanggakan Ziana Ialah haruman dan segalanya tentang Truly ditentukan oleh dia sendiri.

"Saya suka nama Truly kerana saya ingin berkongsi sesuatu dari diri saya dengan seikhlasnya justru nama Truly paling tepat. Bentuk botolnya juga begitu feminin dengan warna yang begitu lembut, biru firus. Saya mendapat ilham dari warna alam semulajadi yang juga warna kegemaran saya.

"Saya memilih bau segar Bargamot dan Mandarin kerana ianya begitu segar dan memberikan ketenangan. Sesiapa yang menggunakan haruman ini akan merasa tenang dan cergas," katanya.


iklan

iklan

Iklan