X Close

Sedih, marah dengan cetak rompak

Diterbitkan: Jumaat 2 Dis, 2005

Saya ni bukan pandai menulis pun tapi takpelah minggu ni, saya nak cakap pasal Cetak Rompak. Sedih betul bila AJK Mawi FC bagi saya CD baru saya yang cetak rompak dua hari lepas.

Lain betullah CDnya. Siap campur dengan lagu-lagu saya masa dalam Akademi Fantasia lagi. Sedih betul bila saya tengok. Lama saya belek album cetak rompak saya. Penat buat kerja hasilnya orang ambil.

Saya teringat balik masa saya buat album tu. Dua bulan saya dalam studio, bersengkang mata dari malam sampai pagi. Makan minum tak tentu sebab nak buat album ni. Kecewanya bila tengok album saya dicetak rompak. Tapi nak buat macam mana...berserahlah pada Yang Maha Esa dan pihak penguatkuasa!


Mawi...Jualan albumnya mencecah 100,000 unit walaupun diganggu cetak rompak

Bila dah jadi macam ni, saya teringatlah cerita-cerita yang saya baca dalam paper bila artis sedih sebab album kena cetak rompak. Masa tu saya tak ambil pot.

Patutlah dia orang sedih. Dah jadi kat saya, barulah saya faham. Agaknya macamnilah yang dia orang rasa. Ni dugaan yang saya kena hadapi sekarang. Bukan senang rupanya jadi artis ni. Macam-macam kena lalui.

Cetak Rompak ni satu jenayah walaupun keuntungannya lumayan. Frust betul bila kita dah buat penat-penat album, sedap-sedap lanun cetak rompak.

Sebagai manusia, kita kenalah hormat hak harta intelek. Penyanyi dan pencipta lagu  perah otak siang malam, buat album tapi yang senang orang lain.

Tapi walaupun saya marah dengan lanun cetak rompak, saya ni lebih suka berdiam diri dan berdoa. Biarlah saya seorang yang merasa dan menanggungnya.

Tak guna nak marah-marahpun. Biasanya Abahlah yang paling faham saya kalau saya sedih ke, kecewa ke atau marah. Kena terimalah. Jadi macam ni ke? jadi macam tu ke hidup saya? Saya kena terima.

Saya ni jenis yang tak suka marah-marah. Kalau nak marahpun, saya simpan saja dalam hati. Orang yang rapat dengan saya tahulah. Bila saya marah, saya tak banyak cakap. Muka saya lain sikit....lebih serius kot.

Saya memang dah jangka perkara-perkara macam ni. Semua ni tak boleh elak. Saya kena tempuhi juga. Diam dan berdoalah yang lebih baik. Ini semua kehendak Allah juga. Kalau album saya laku alhamdulillah, tak lakupun alhamdulillah. Kita kena terima seadanya.

Saya dengar, Mawi FC nak atur strategi lawan Cetak Rompak. Saya terharu betul. Tingkatkanlah usaha anda. Saya menghargai setiap sokongan dan pengorbanan anda selama ini. Terima Kasih. Allah sahaja yang boleh membalas budi anda semua.

Saya hanya boleh berpesan kepada penyokong-penyokong saya,jangan beli yang cetak rompak. Saya mengkagumi mereka yang beli “original”. Dengar cerita album saya dah jual lebih pada 100, 000 sehingga hari ni. Macam tak percaya pulak tapi macam manapun Alhamdulillah. Macam ni barulah World!

iklan

iklan

Iklan