X Close

Peraduan

Sempena Ramadan & Syawal ini, hantarkan ucapan anda buat yang tersayang

Jom!!! Gamatkan Kenduri Raya mStar

Syawal tahun ini mungkin bermakna buat anda! Kenapa? Kerana kami ingin meraikan pembaca bertuah bersama-sama selebriti, artis terkenal serta anak-anak yatim dalam satu majlis dikenali Kenduri Raya mStar.

Kita bukan sahaja dapat berkumpul untuk mengeratkan silarurahim sebaliknya ia boleh merapatkan hubungan dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Lebih istimewa, anda juga boleh merakamkan banyak foto yang dapat dijadikan kenangan pada Aidilfitri ini bersama para selebriti dan artis yang bakal menjadi tetamu kami.

Kami akan maklumkan kemudian tarikh dan lokasi majlis ini.

Bagaimana nak sertai?

Senang aje asalkan anda ada Twitter dan ikut langkah mudah berikut.

Isikan butiran diri anda dalam borang khas yang kami sediakan dengan menyertakan juga nama akaun Twitter anda.

Pilih foto paling menarik yang anda rakamkan pada Ramadan dan Syawal tahun ini dan fikirkanlah tajuk yang sesuai untuk menggambarkan suasana itu.

Pastkan anda tidak lupa untuk menulis hastag #mStarKenduriRaya bagi memudahkan kami memilih foto anda untuk diadili sebagai pemenang.

Jika ada pemenang bertuah dan foto anda memikat hati kami, anda akan dihubungi berdasarkan maklumat yang diberi untuk memeriahkan Kenduri Raya mStar.

Tempoh Penyertaan

Anda diberi masa sebulan untuk merakamkan foto menarik sebelum ia dikongsi bagi melayakkan anda terpilih meraikan majlis meriah ini.

Penyertaan dibuka dari 15 Jun 2016 sehingga 15 Julai 2016

Borang

Isikan tempat kosong untuk hantar ucapan anda.

 
 
 
 
 
 
 


Terma dan syarat

Pihak Penganjur & Kelayakan

1. KENDURI RAYA MSTAR ["Peraduan"] ini dianjurkan oleh Star Media Group (M) Berhad ["Pihak Penganjur"]

2. Peraduan ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang mempunyai MyKad sah dan berusia 18 tahun ke atas pada 01/01/2016 ["Peserta"]

3. Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
     i. Petugas Pihak Penganjur dan Pihak Penaja [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa,adikberadik,termasuk suami/isteri]; dan /atau
     ii. Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau promosi Pihak Penganjur dan Pihak Penaja termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya, dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]

Tempoh Peraduan

4. Peraduan ini berlangsung dari 15/06/2016 hingga 15/07/2016 ["Tempoh Peraduan"].

5. Pihak Penganjur berhak meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan akan dibatalkan secara automatik.

Keputusan Pemenang

6. Pemenang akan dipilih berdasarkan foto dan kapsyen paling menarik yang dirakamkan pada Ramadan dan Syawal 2016.

7. Pemenang bertuah yang dapat menghadiri Kenduri Raya mStar akan dihubungi menersui e-mel yang dinyatakan dalam borang penyertaan.

8. Jika pemenang berkenaan gagal dihubungi dalam masa tiga kali percubaan, pihak kami akan memilih individu seterusnya untuk menyertai majlis ini.

9. Pemenang akan dipilih berdasarkan pilihan pihak editorial mStar Online.

Liabiliti & Tanggungjawab

10. Pemenang atas tanggungan sendiri bertanggungjawab terhadap sebarang bayaran untuk cukai, insurans dan/atau cajcaj lain yang berkaitan dengan hadiah.

11. Peserta dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Pihak Penganjur terkecuali daripada semua jaminan dan/atau liabiliti yang berkaitan dengan hadiah-hadiah dan juga peraduan.

Hak Pihak Penganjur

12. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah Terma & Syarat peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak termasuklah membatalkan majlis ini.

13. Jika maklumat yang diberikan tidak benar, atau wujudnya penyalahgunaan teknologi bagi tujuan memenangi Peraduan. [Misalnya, mengambil gambar dari sumber lain dan menghantarkan ia sebagai gambar original], pihak penganjur berhak menolak penyertaan anda.

14. Dengan menyertai peraduan ini, setiap peserta bersetuju bahawa Star Media Group (Malaysia) Berhad mempunyai hak untuk menggunakan sebarang atau semua maklumat berkenaan peraduan, termasuk penyertaan (dalam bentuk resipi dan gambar hidangan) yang dihantar oleh peserta bagi tujuan editorial, pemasaran, dan apa jua tujuan sekalipun, melainkan jika ia menyalahi undang-undang.

iklan

WAKTU SOLAT

21-October-2017 | 01 Safar, 1439

    iklan

    Iklan