X Close

Bijak Bahagi Masa Resipi Kejayaan Husna

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA dilihat gaya dan penampilannya yang bersahaja, pasti ramai yang tidak menyangka Sharifah Husna Syed Mustaffa, sudah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata. 

Ibu muda yang mula menceburi bidang peragaan sejak awal tahun ini mengakui dia bertuah kerana mudah untuk mengekalkan bentuk badan asal selepas bersalin. 

Namun bagi wanita kelahiran Johor Bharu, semuanya perlu dilakukan dengan disiplin yang tinggi lebih-lebih lagi apabila terlibat dengan bidang glamour seperti ini. 

Keluarga banyak memberi sokongan kepada Husna untuk bergiat aktif dalam bidang peragaan. -Foto RAYMOND OOI/THESTAR.


Biarpun sudah berumah tangga, suami dan keluarga memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Husna kerana dia sering merujuk kepada mereka untuk mendapatkan pendapat sebaik sahaja menerima tawaran dalam bidang peragaan. 

Mengakui dia mula mendaki sedikit demi sedikit, Husna kini boleh berbangga kerana tidak sampai setahun dirinya terpilih sebagai model beberapa butik pakaian dan tudung online. 

"Saya mula bergiat aktif pada awal 2014, saya sendiri yang berusaha mencari peluang dalam bidang peragaan muslimah ini. Paling tidak saya lupakan ketika sesi fotografi iklan tudung Jelita Sara yang disiarkan di Astro. 

"Biarpun sesi penggambaran mengambil masa yang lama daripada awal pagi sampai malam, pengalaman berlakon dalam iklan tersebut sangat berharga bagi saya," katanya kepada mStar Online di Mutiara Damansara baru-baru ini.  

Sukakan gaya yang ringkas dan trendi, ibu berusia 27 tahun ini nyata tidak kekok untuk keluar rumah tanpa sebarang solekan, apa yang penting bagi Husna cukup dengan membawa telefon bimbit dan dompet. 

Ditanya apakah persediaan dan harapannya menyertai pertandingan Model Muslimah Malaysia mStar, Husna berkata dia berharap dapat menimba pengalaman berharga untuk melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan. 

"Semua orang pasti ada hasrat untuk menang, namun saya realistik, menang atau kalah itu perkara nombor dua. Apa yang penting saya dapat belajar sesuatu daripada pertandingan ini. 

"Saya juga akan membuat rujukan daripada model-model lain dan memperbaiki teknik 'pose' serta 'catwalk' sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan ini," katanya yang bertugas sebagai juruteknologi makmal perubatan. 

Walaupun meminati bidang peragaan, Husna masih belum mempunyai perancangan untuk terlibat sepenuh masa dalam bidang tersebut.  

"Buat masa ini saya belum ada perancangan untuk berhenti kerja dan tumpukan sepenuh perhatian dalam bidang peragaan. Selalunya jadual 'shooting' atau sesi fotografi saya, pada hujung minggu atau waktu malam jika hari bekerja. 

"Jika ada sesi fotografi pada hari bekerja, saya akan memohon cuti lebih awal dan majikan memang tidak ada masalah dan mudah untuk beri pelepasan," katanya yang meminati model antarabangsa, Miranda Kerr. 



Biodata 

Nama: Sharifah Husna Syed Mustaffa

Tempat lahir: Johor Bahru

Adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik 

Cita-cita: Usahawan berjaya

Hobi: Memasak dan melancong

Makanan kegemaran: Masakan Melayu

Rancangan kegemaran: Program realiti mengenai fesyen, ubah suai rumah, masakan dan peragaan.  

Perkara tidak disukai: Lewat bangun  pagi dan menunggu

Ciri-ciri lelaki pilihan: Ada cita-cita dalam hidup dan penyabar.

Rancangan masa depan: Ingin menghasilkan pakaian jenama sendiri 








Sharifah Husna

  • 1 of 8
  • Husna1

  • Husna2

  • Husna3

  • Husna4

  • Husna5

  • Husna6

  • Husna7

  • Husna8

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan