TMJ Dapat Hadiah Jet Sempena Ulang Tahun Keputeraan

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2015 7:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut ulang tahun keputeraan pada Selasa menerima sebuah jet daripada ayahandanya sebagai hadiah.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyampaikan pesawat berkenaan kepada Tunku Ismail sempena ulang tahun kelahiran yang ke-31.

Gambar Tunku Ismail menerima jet itu dimuat naik ke laman Facebook Johor Southern Tigers.

Selain itu Tunku Ismail memaklumkan akan mengagihkan lembu di setiap daerah di negeri ini untuk berbuka puasa.

Tunku Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, beliau juga berniat untuk menghulur sedekah kepada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di negeri itu.

"Saya telah membuat keputusan itu, setelah menerima pandangan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

"Demikianlah niat saya," kata Tunku Ismail.

Tunku Mahkota Johor, menerusi laman sosial berkenaan, turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang mengucapkan selamat serta mendoakan baginda sempena hari keputeraan itu.

Beliau turut mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan